Wednesday 2 March 2011

TAUHID - HAKIKAT MAKHLUK CIPTAAN ALLAH

Allah SWT menciptakan berbagai makhluk di alam semesta ini.Ada manusia, haiwan, tumbuhan, malaikat, jin, syaitan. namun, saat ini kita hanya akan membahas hakikat manusia, malaikat, jin, dan syatan.

HAKIKAT MALAIKAT
1. malaikat diciptakan daripada cahaya (annur).
2. Malaikat tergoong makhluk yang semuanya taat & berbakti kepada Allah SWT.
3. Tidak lelaki dan tidak pula perempuan, maka jumlahnya tidak dapat bertambah-tambah dengan melalui perkahwinan.
4. Tidak memerlukan makanan dan minuman.
5. Tidak akan mti sebelum datanyahari kiamat, maka jumlahnya tidak berkurangan.
6. Malaikat sejenis makhluk Allah yang bertubuh halus, ertinya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

HAKIKAT MANUSIA
1. Manusia dicptakan dari tanh (atturab)iaitu menurut keasliannya, yakni Nab Adam a.s.
2. Manusia ada golongan yang taat dan ada pula yang derhaka terhadap Allah SWT, sehingga ada yang masuk syurga dan ada pula yang masuk neraka.
3. Manusia ada yang lelaki dan ada pula yang perempuan. dengan keadaan itu jumlah manusia dapat bertambah-tambah melalui perhubungan perkahwinan.
4. Manusia jenis makhluk yang memerlukan makanan dan minuman serta memerlukan tempat tinggal.
5. Dapat mati sebelum datangnya hari kiamat, sehingga jumlah boleh berkurangan kerana kematian tersebut.
6. Bertubuh kasar, ertinya mampu diraba dengan pancaa indera.

HAKIKAT JIN
1. Jin diciptaka dari api (nahar).
2. Jin ada yang taat dan ada yang derhaka kepada Allh SWT, jadi ada yang masuk syurga dan ada pula yang masuk neraka.
3. Jin juga terdiri dari lelaki dan perempuan, sehingga jumlah mereka dapat bertambah-tambah.
4. Mereka juga memerlukan maanan da minuman.
5. Dapat ati sebelum atangnya hari kiamat dan dengan demikian jumlah mereka boleh berkurangan.
6. Jin tergolong makhluk yang bertubuh halus.

HAKIKAT SYAITAN
1. Syaitan diciptakan dari api (nahar).
2. Semuanya derhaka kepada Allah SWT, oleh sebab itu seluruh kaum keabat syaitan akan dimasukkan ke dalam api neraka.
3. Ada yang lelaki dan ada yang perempuan, sehingga jumlahnya dapat bertambah-tambah.
4. Suka terhadap makanan dan minuman, tetapi jikalau tidak makan dan tidak minum juga tidak berpengaruh apa-apa, ertiya ia tetap akan hidup.
5. Tidak akan mati sebelum datangnya hari kiamat, ertinya jumlah syaitan tidak akan berkurangan.
6. Syaitan bertubuh halus.

No comments:

Post a Comment