Tuesday 1 March 2011

SIRAH - BIOGRAFI RASULULLAH SAW

Mungkin sebahagian dari kita lupa/bahkan belum tahu banyak tentang Nabi kita, Muhammad SAW. jika kita mahu mencintai beliau, maka mestilah kita mengenal beliau terlebih dahulu. seperti pepatah mengatakan "tak kenal maka tak sayang." let's find out...

Nama : Muhammad SAW bin Abdullah

Bapa : Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah

Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah

Nenek sebelah Bapa : Fatimah binti Umar Al-Makhzumiyah

Nenek sebelah Ibu : Burrah binti Abdul Uzza bin Usman bin Abdul Dar bin Qusay bin Murrah

Tarikh Lahir : Isnin, sebelum terbit matahari, 12 Rabiul Awwal tahun ke-53 sebelum Hijrah / 570 Masihi

Tempat Lahir : Makkah Al-Mukarramah berhampiran bukit Safa (rumah Abu Talib-tempat tersebut telah dibangunkan sebagai perpustakaan Makkah & masih wujud sehingga sekarang)

Tarikh Diangkat menjadi Nabi : 27 Ramadhan tahun ke-13 sebelum Hijrah / 609 Masihi, Gua Hira, Makkah Al-Mukarramah

Wafat : Isnin, sebelum tangah hari, 12 Rabiul Awwal tahun ke-11 Hijrah / 632 Masihi di Madinah

Jantina : Penghulu lelaki

Agama : Penghulu agama Islam

Alamat : Makkah Al-Mukarramah, kemudian hijrah ke Madinah Al Munawarrah (masjid Nabi)

Pekerjaan :
1. Penggembala kambing
2. Berniaga (sehingga umur 40 tahun)
3. Bertugas secara rasmi sebagai Nabi / Rasul (menyampaikan risalah Allah)

Tanda istimewa: cop kenabian diantara dua bahu yang sentiasa dinaungi oleh bayangan awan ke mana sahaja baginda pergi

Sifat-sifat :
wajah : putih bersih
mata : hitam
rambut : hitam
ketinggian: sederhana & dada bidang

Nama bidan : Shifa' binti Auf (Ummu Abd Rahman)

Nama penjaga : Ummu Aiman

Nama penyusu :
1. Thuwaibah Al-Aslamiyah
2. Halimah binti Dzuaib As-Sa'diyah

Saudara sesusuan :
DARIPADA THUWAIBAH
1. Abdullah bin Jahay
2. Hamzah bin Abdul Mutallib
3. Abu Salamah bin Abdul Asad
4. Masruh bun Thuwaibah
DARIPADA HALIMAH
1. Abdullah bin Al-Harith
2. Anisah binti Al-Harith
3. Huzaifah bin Al-Harith

Keistimewaan : Rahmat sekalian alam

Warna kegemaran : Hijau & Putih

Isteri-isteri :
1. Siti Khadijah binti Khuwailid r.h.
2. Saudah binti Zam'ah r.h.
3. Aisyah binti Abu Bakar r.h.
4. Hafsah binti Umar r.h.
5. Zainab binti Khuzaimah r.h.
6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah r.h.
7. Zainab binti Jahsy r.h.
8. Juwairiah binti Al-Harith r.h.
9. Safiyyah binti Huyai r.h.
10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan r.h.
11. Maimunah binti Al-Harith r.h.
12. Mariah binti Syam'un r.h.

Anak-anak :
LELAKI
1. Al-Qosim r.a.
2. Abdullah r.a.
3. Ibrahim r.a.
PEREMPUAN
1. Zainab r.h.
2. Ruqayyah r.h.
3. Ummu Kulthum r.h.
4. Fatimah r.h.
Cucu-cucu :
LELAKI
1. Ali r.a.
2. Abdullah r.a.
3. Al-Hasan r.a.
4. Al-Husain r.a.
5. Yahya r.a.
6. Muhammad r.a.
PEREMPUAN
1. Umamah r.h.
2. Ummu Kulthum r.h.
3. Zainab r.h.
4. Ruqayyah r.h.

Binatang kesayangan :
1. KELDAI (4 ekor)
keldai kesayanagn Baginda bernama Dul-Dul
2. UNTA (20 ekor)
unta kesayangan Baginda bernama 'Atba
3. KUDA (20 ekor)
kuda kesayangan Baginda bernama Ya'afur

No comments:

Post a Comment