Wednesday 4 May 2011

TAUHID - ISI KANDUNGAN AL-QUR'AN

Perlu juga kita ketahui bahawa Al-Qur'an itu terdiri dari 30 Juz, 114 Surah, 6666 Ayat. Jumlah kalimatnya (kata-katanya)sebanyak 77.450 dan huruf-hurufnya sebanyak 1.025.000.

Wednesday 20 April 2011

AKHLAQ - ORANG BAKHIL YANG SEBENAR

Daripada Ali bin Abi Talib r.a., Nabi SAW bersabda : "orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak bersalawat ke atasku." (H.R. Tirmidzi)

Wednesday 13 April 2011

AKHLAQ - KELEBIHAN SALAWAT

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda : "orang yan bersalawat ke atas aku sekali, Allah bersalawat ke atasnya sepuluh kali." (H.R. Muslim)

Keterangan :
"Allah bersalawat" : Rahmat & ganjaran-ganjaran daripada Allah SWT.

AKLAQ - KESEMPURNAAN SYAFA'AT RASULULLAH SAW

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda : "bagi setiap Nabi tedapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafa'at untuk umatku pada hari kiamat." (H.R. Bukhari & Muslim)

Keterangan :
- Maksud hadith ini ialah setiap Nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad SAW tidak mendoakan sedemikian. ini kerana baginda akan memberikan syafa'at sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan di dunia. (Fath Al-Bari)
- Hadith ini menerangkan kesempurnaan syafa'at Nabi SAW & belas kasihan baginda terhadap umatnya. baginda ambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting & amat diperlukan syafa'at ketika itu." (H.R. Muslim)

AKHLAQ - ORANG YANG BERSIFAT KASIHAN AKAN DIKASIHI

"Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi SAW bersabda : "orang-orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh Yang Maha Mengasihani. kasihanilah mereka yang ada di bumi, nescaya yang ada di langit akan mengasihani kamu." (H.R. Abu Dawud & Tirmidzi)

Wednesday 30 March 2011

AKHLAQ - AUTHENTIC COMPILATIONS OF AHADITH

There are six authentic compilations of ahadith, which are collectivelly called Siyasittah. the names of these are as follows :

1. Sahih al-Bukhari
2. Sahih al-Muslim
3. Abu Dawud
4. Tirmidzi
5. An-Nasa'i
6. Ibnu Majah

Wednesday 23 March 2011

SIRAH - PERGINYA MANUSIA PALING MULIA

Pada tahun 10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW bersama-sama seratus kaum Muslimin telah ke Mekkah bagi menunaikan ibadah haji. haji yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu merupakan haji yang terakhir & disebut juga sebagai haji Wada' yang bermaksud haji perpisahan.

Ketika berada di padang Arafah itulah, Allah telah menurunkan wahyu-Nya yang terakhir kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW juga telah menyampaikan khutbah Wada' yang merupakan pesanannya yang terakhir buat kaum Muslimin. antara amanat Rasulullah SAW dalam ucapannya itu ialah (baca : KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW)

Setelah kembali dari mengerjakan haji, Rasulullah SAW jatuh sakit. baginda menderita demam & sakit kepala yang teruk sehingga tidak dapat menjadi imam ketika berjamaah di masjid bersama-sama para sahabatnya.

Keadaan Rasulullah SAW yang uzur itu menyebabkan para sahabatnya sedih & bimbang. Abu Bakar yang merupakan sahabat & bapa mertua Rasulullah SAW terlalu bimbangkan kesihatan baginda sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu menyayanginya. Rasulullah SAW lalu melantik Abu Bakar untuk menggantikan dirinya sebagai imam solat.

Pada suatu hari, sakit yang dialami Rasulullah SAW semakin teruk sehingga baginda tidak dapat bangun. isteri Rasulullah SAW iaitu Aisyah lalu meletakkan suami yang disayanginya itu di pangkuannya. turut kelihatan di situ ialah anak baginda yang bernama Fatimah yang setia menjaga ayahnya.

Rasulullah SAW lalu memanggil Fatimah & membisikkan sesuatu menyebabkan anaknya itu menangis. namun setelah sekali lagi dibisik, Fatimah sebaliknya tersenyum gembira pula. Aisyah yang kehairanan lalu bertanya kepada Fatimah : "ya Fatimah, apakah yang dibisikkan oleh Rasulullah SAW kepadamu?"

Fatimah lalu menjawab : "ayah berkata bahawa umurnya sudah tidak lama lagi untuk meninggalkan kita, itulah yang membuatku sedih & menangis. bisikan kali kedua pula ayah berkata bahawa akulah manusia pertama yang akan dijumpai dahulu di syurga. itulah yang membuat aku tersenyum & gembira."

Tidak lama selepas itu Rasulullah SAW pun menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah. Aisyah lalu menyampaikan berita sedih itu kepada para sahabat yang ramai berkumpul di rumah mereka.

Berita kewafatan Rasulullah SAW telah mengejutkan para sahabat. ramai yang tidak mempercayai berita tersebut. antara mereka yang tidak dapat menerima berita tersebut ialah sahabat baik RAsulullah SAW iaitu Umar sendiri. Umar yang tidak dapat menerima kenyataan kewafatan Rasulullah SAW berteriak sambil menghunuskan pedangnya : "siapa yang menyatakan Muhammad sudah meninggal dunia, aku akan pancung lehernya." ada juga mereka yang imannya kurang menjadi lemah semangat & kembali menjadi kufur.

Akhirnya para sahabat termasuk Umar terpaksa menerima hakikat bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Abu Bakar lalu berucap bagi mententramkan keadaan para sahabat : "sesiapa yang memuja Muhammad, ketahuilah bahawa sesungguhnya Muhammad sudah tiada lagi & barang siapa yang menyembah Allah, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah sentiasa hidup & kekal."

Seterusnya, Umar berucap sebagaimana di dalam Q.S. Ali Imran ayat 144 yang bermaksud : "dan Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul yang sudah didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika demikian, kalai ia mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) dan (ingatlah) sesiapa yang berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada Allah sedikit pun, dan (sebaliknya) Allah akan memberikan balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)."

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, Abu Bakar telah dilantik bagi menggantikan tempat baginda kerana dialah yang paling rapat & paling berpengalaman diantara mereka. pelantikan Abu Bakar diterima ramai & dia menjadi khalifah Islam yang pertama.