Sunday 6 March 2011

TAUHID - KEBESARAN AYAT KURSI

Ayat Kursi (Q.S. Al-Baqarah ; 255) diturunkan setelah hijrah. semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran & kemuliaannya. syaitan & iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah SAW dengan seera memerintahkan Said bin Tsabit menulis serta menyebarkannya. antara kebesaran ayat Kursi adalah sebagai berikut :

1. Sesiapa membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, setiap pagi & petang, setiap kalu keluar masuk rumah atau hendak musafir, insya Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

2. Mengikut kepada kitab Asraarul Mufidah, sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan penuh hikmah, dimurahkan rizkinya, dinaikkan darjatnya & diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia daripada segala bencana dengan izin Allah.

3. Sheikh Abu Abbas menerangkan, siapa yang membecanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya insya Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ; "sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

5. Sabda baginda lagi : "umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi JUma'at, kemudian berwuduk & solat sunnat 2 rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan & kejahatan pembesar.

6. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai & dipelihara Allah sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad SAW.

7. Mereka yang beramal dngan bacaan ayat Kursi akan mendapatkan pertolongan & perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

8. Pengamala ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah bole menyebabkan syaitan & jin terbakar.

11. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda memasuki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir & batin.

12. Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang malaikat memeliharanya sehingga subuh.

13. Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga ke solat yang lain.

14. Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat, tidak menegah akan dia darpada masuk syurga kecuali maut, & barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah di sekitarnya.

15. Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat fardhu, Allah menganugerahkannya hati orang-orang yang bersyukur, perbuatan orang-orang yang benar, pahala Nabi-Nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

16. Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah menguuskan 70.000 malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan & mendoakan baginya.

No comments:

Post a Comment