Wednesday 2 March 2011

TAUHID - RASUL-RASUL ALLAH

Allah SWT memberikan mukjizat kepada Rasul-rasul-Nya sebagai bukti untuk membenarkan kerasulannya. mukjizat itu adalah sesuatu yang dapat membuat lemah kepada orang-orang yang menentangnay serta mengalahkan bantahan-bantahan mereka dan mereka tidak dapat menirunya kerana mukjizat itu sangat luar biasa.

Permulaan Rasul itu dimulai dari Nabi Adam a.s. dan diakhiri dengan Nabi Muhammad SAW. Nabi dan Rasul menerima wahyu daripada Allah SWT. wahyu berbeda sekali dengan ilham, kerana wahyu itu khusus untuk para Nabi dan Rasul sedangkan ilham dapat diperoleh oleh manusia biasa.

Setiap Rasul itu pasti sebagai Nabi dan tidak setiap Nabi sebagai Rasul. jumlah para Nabi itu banyak sekali, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. menurut perkiraan bahawa jumlah Nabi itu kira-kira sebanyak 124.000 orang. dari jumlah yang ramai ituyang diangkat sebagai Rasul seramai 313 orang. namun yang wajib diketahui nama-namanya oleh setiap umat Islam sebanyak 25 Rasul, semua nama-nama itu tersebut di dalam Al-Qur'an
1. Adam a.s.
2. Idris a.s.
3. Nuh a.s.
4. Hud a.s.
5. Shalih a.s.
6. Ibrahim a.s.
7. Luth a.s.
8. Ismail a.s.
9. Ishaq a.s.
10. Ya'qub a.s.
11. Yusuf a.s.
12. Ayub a.s.
13. Syu'aib a.s.
14. Musa a.s.
15. Harun a.s.
16. Zulkifli a.s.
17. Daud a.s.
18. Sulaiman a.s.
19. Ilyas a.s.
20. Ilyasa a.s.
21. Yunus a.s.
22. Zakaria a.s.
23. Yahya a.s.
24. Isa a.s.
25. Muhammad SAW

No comments:

Post a Comment