Wednesday 30 March 2011

AKHLAQ - AUTHENTIC COMPILATIONS OF AHADITH

There are six authentic compilations of ahadith, which are collectivelly called Siyasittah. the names of these are as follows :

1. Sahih al-Bukhari
2. Sahih al-Muslim
3. Abu Dawud
4. Tirmidzi
5. An-Nasa'i
6. Ibnu Majah

Wednesday 23 March 2011

SIRAH - PERGINYA MANUSIA PALING MULIA

Pada tahun 10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW bersama-sama seratus kaum Muslimin telah ke Mekkah bagi menunaikan ibadah haji. haji yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu merupakan haji yang terakhir & disebut juga sebagai haji Wada' yang bermaksud haji perpisahan.

Ketika berada di padang Arafah itulah, Allah telah menurunkan wahyu-Nya yang terakhir kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW juga telah menyampaikan khutbah Wada' yang merupakan pesanannya yang terakhir buat kaum Muslimin. antara amanat Rasulullah SAW dalam ucapannya itu ialah (baca : KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW)

Setelah kembali dari mengerjakan haji, Rasulullah SAW jatuh sakit. baginda menderita demam & sakit kepala yang teruk sehingga tidak dapat menjadi imam ketika berjamaah di masjid bersama-sama para sahabatnya.

Keadaan Rasulullah SAW yang uzur itu menyebabkan para sahabatnya sedih & bimbang. Abu Bakar yang merupakan sahabat & bapa mertua Rasulullah SAW terlalu bimbangkan kesihatan baginda sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu menyayanginya. Rasulullah SAW lalu melantik Abu Bakar untuk menggantikan dirinya sebagai imam solat.

Pada suatu hari, sakit yang dialami Rasulullah SAW semakin teruk sehingga baginda tidak dapat bangun. isteri Rasulullah SAW iaitu Aisyah lalu meletakkan suami yang disayanginya itu di pangkuannya. turut kelihatan di situ ialah anak baginda yang bernama Fatimah yang setia menjaga ayahnya.

Rasulullah SAW lalu memanggil Fatimah & membisikkan sesuatu menyebabkan anaknya itu menangis. namun setelah sekali lagi dibisik, Fatimah sebaliknya tersenyum gembira pula. Aisyah yang kehairanan lalu bertanya kepada Fatimah : "ya Fatimah, apakah yang dibisikkan oleh Rasulullah SAW kepadamu?"

Fatimah lalu menjawab : "ayah berkata bahawa umurnya sudah tidak lama lagi untuk meninggalkan kita, itulah yang membuatku sedih & menangis. bisikan kali kedua pula ayah berkata bahawa akulah manusia pertama yang akan dijumpai dahulu di syurga. itulah yang membuat aku tersenyum & gembira."

Tidak lama selepas itu Rasulullah SAW pun menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah. Aisyah lalu menyampaikan berita sedih itu kepada para sahabat yang ramai berkumpul di rumah mereka.

Berita kewafatan Rasulullah SAW telah mengejutkan para sahabat. ramai yang tidak mempercayai berita tersebut. antara mereka yang tidak dapat menerima berita tersebut ialah sahabat baik RAsulullah SAW iaitu Umar sendiri. Umar yang tidak dapat menerima kenyataan kewafatan Rasulullah SAW berteriak sambil menghunuskan pedangnya : "siapa yang menyatakan Muhammad sudah meninggal dunia, aku akan pancung lehernya." ada juga mereka yang imannya kurang menjadi lemah semangat & kembali menjadi kufur.

Akhirnya para sahabat termasuk Umar terpaksa menerima hakikat bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Abu Bakar lalu berucap bagi mententramkan keadaan para sahabat : "sesiapa yang memuja Muhammad, ketahuilah bahawa sesungguhnya Muhammad sudah tiada lagi & barang siapa yang menyembah Allah, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah sentiasa hidup & kekal."

Seterusnya, Umar berucap sebagaimana di dalam Q.S. Ali Imran ayat 144 yang bermaksud : "dan Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul yang sudah didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika demikian, kalai ia mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) dan (ingatlah) sesiapa yang berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada Allah sedikit pun, dan (sebaliknya) Allah akan memberikan balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)."

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, Abu Bakar telah dilantik bagi menggantikan tempat baginda kerana dialah yang paling rapat & paling berpengalaman diantara mereka. pelantikan Abu Bakar diterima ramai & dia menjadi khalifah Islam yang pertama.

Tuesday 22 March 2011

TAUHID - MALAIKAT-MALAIKAT ALLAH

Pekerjaan para malaikat itu berbeda-beda. ada yang bertugas menjunjung Arsy, ada yang mengawasi setiap pekerjaan hamba-hamba Allah dan lain-lain. dari sekian banyka jumlah malaikat itu tentu ada yang merupakan pemimpin dari tugas-tugas yang diberikan Allah SWT. diantara malaikat-malaikat yang wajib diketahui iaitu :

1. Jibril a.s.
Jibril merupakan pemimpin dari seluruh malaikat. disamping itu Jibril a.s. mempunyai tugas menyampaikan wahyu Allah SWT kepada para Nabi & Rasul. pekerjaan ini berakhir sampai kepada junjungan Nabi MUhammad SAW, sebab setelah baginda tidak ada lagi Nabi yang lain.

2. Mikail a.s.
Mikail a.s. ditugaskan oleh Allah SWT untuk membahagikan rizki kepada seluruh makhluk seperti makan, minum, hujan dan lain-lain.

3. Izrail a.s.
Malaikat Izrail a.s. ditugaskan untuk mencabut ruh atau nyawa semua makhluk, baik manusia, haiwan, jin, syaitan, dan malaikat sendiri apabila tiba saatnya.

4. Israfil a.s.
Malaikat Israfil a.s. ditugaskan untuk meniup sangkakala atau shur, jika telah tiba masa kiamat nanti.

5. Raqib a.s.
Malaikat Raqib a.s. bertugas untuk mencatat setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia.

6. 'Atid a.s.
Malaikat 'Atid a.s. pula bertugas sebagai pencatat setiap amal jahat yang dilakukan oleh manusia.

7. Munkar a.s.
Bertugas memberikan pertanyaan-pertanyaan kepada orang yang ada di dalam kubur setelah mati. sekalipun di mana sahaja kubur atau tempat kematiannya.

8. Nakir a.s.
Tugasnya sama-sama dengan malaikat Munkar a.s.

9. Ridhwan a.s.
Malaikat Ridhwan a.s. ditugaskan untuk menjaga syurga.

10. Malik a.s.
Malaikat Malik a.s. bertugas sebagai penjaga neraka.

AKHLAQ - BERAPAKAH DALAMNYA JURANG API NERAKA ?

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata : adalah kami (pada suatu hari bersama-sama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh dengan keras, lalu beliau bersabda : "Tahukah kamu suara apakah ini?." kami menjawab : "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Lalu Nabi SAW bersabda : "ini adalah (suara)sebiji batu yang dilemparkan ke dalam api neraka sejak tujuh puluh tahun yang lalu, maka batu itu terus saja jatuh menuju dasar neraka & baru pada saat ini ia sampai ke dasarnya. maka itu kamu mendengar suara jatuhnya." (H.R. Muslim)

AKHLAQ - SERINGAN-RINGAN SIKSAAN DI NERAKA

Daripada Nu'man bin Basyir r.a. berkata : aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua bara api tersebut)otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaanya." (H.R. Bukhari & Muslim)

Sunday 6 March 2011

TAUHID - KEBESARAN AYAT KURSI

Ayat Kursi (Q.S. Al-Baqarah ; 255) diturunkan setelah hijrah. semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran & kemuliaannya. syaitan & iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah SAW dengan seera memerintahkan Said bin Tsabit menulis serta menyebarkannya. antara kebesaran ayat Kursi adalah sebagai berikut :

1. Sesiapa membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, setiap pagi & petang, setiap kalu keluar masuk rumah atau hendak musafir, insya Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

2. Mengikut kepada kitab Asraarul Mufidah, sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan penuh hikmah, dimurahkan rizkinya, dinaikkan darjatnya & diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia daripada segala bencana dengan izin Allah.

3. Sheikh Abu Abbas menerangkan, siapa yang membecanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya insya Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ; "sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

5. Sabda baginda lagi : "umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi JUma'at, kemudian berwuduk & solat sunnat 2 rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan & kejahatan pembesar.

6. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai & dipelihara Allah sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad SAW.

7. Mereka yang beramal dngan bacaan ayat Kursi akan mendapatkan pertolongan & perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

8. Pengamala ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah bole menyebabkan syaitan & jin terbakar.

11. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda memasuki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir & batin.

12. Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang malaikat memeliharanya sehingga subuh.

13. Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga ke solat yang lain.

14. Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat, tidak menegah akan dia darpada masuk syurga kecuali maut, & barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah di sekitarnya.

15. Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat fardhu, Allah menganugerahkannya hati orang-orang yang bersyukur, perbuatan orang-orang yang benar, pahala Nabi-Nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

16. Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah menguuskan 70.000 malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan & mendoakan baginya.

Thursday 3 March 2011

TAUHID - TANDA-TANDA KIAMAT

Disamping kita meyakini bahawa kiamat itu pasti akan tiba, kita juga meyakini akan tanda-tanda atau alamat-alamatnya. baik tanda-tanda kecil mahupun tanda-tanda besar.

TANDA-TANDA KECIL (ALAMAT SUGHRA):
Maksud dengan tanda-tanda sughra iaitu menandakan hari kiamat itu sudah hampir tiba, tetapi waktunya mungkin agak lama. mengenai alamat-alamat sughra ini banyak sekali, antaranya iaitu :
1. Diutusnya Muhammad SAW sebagai Rasulullah SAW.
Dari Anas r.a.bahawasaya Rasulullah SAW bersabda : "saya diutus oleh Allah & jaraknya dengan hari kiamat itu sebagai 2 jari ini." (Baginda bersabda demikian sambil menunjukkan 2 jarinya yakni jari telunjuk & jari tengah). (H.R. Bukhari, Muslim, Tirmidzi)

2. Pemimpin yang lahir bukan dari keturunan mulia.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
a. "tidaklah akan tiba hari kiamat itu sehingga ada 2 golongan besar saling membunuh, antara keduanya itu terjadilah peperangan yang besar sedangkan dakwahnya satu macam (jenis).

b. Juga tidak akan tiba hari kiamat itu sehingga banyak kaum Dajjal, tukang berdusta yang jumlahnya hapir 30 orang semuanya itu mengaku bahawa dirinya adalah Rasulullah.

c. Tidak akan tiba pula hari kiamat itu sehingga ilmu pengetahuan dilenyapkan.

d. Demikian pula sehingga banyak datangnya kegoncangan ataupun gempa bumi.

e. Masa terasa singkat.

f. Banyak timbul fitnah.

g. Banyak haraj iaitu pembunuhan.

h. Banyak pula harta benda sampai melimpah ruah sehinga orang yang memiliki harta itu sukar sekali mencari orang yang suka menerima sadaqahnya sampai-sampai ia menawarkan hartanya itu, tetapi orang yang akan diberi tadi berkata : "saya tidak memerlukan harta lagi."

i. Orang-orang sama bermegah-megahan dalam gedung-gedung yang menjulang tinggi.

j. Seseorang melalui makam orang lain, lalu berkata : alangkah baiknya kalau aku dahulu menempati tempatnya.

k. Matahari terbit dari arah terbenamnya. jikalau ini telah terjadi & orang-orang ramai sudah mengetahuinya, maka mereka pun berimanlah semuanya. padahal dalam keadaan yang demikian itu tidak bermanfaat lagi keimanan seseorang itu untuk dirinya sendiri yang dahulunya tidak pernah beriman atau tidak berbuat baik dalam keimanannya.

l. Nescayalah hari kiamat itu tiba, disaat 2 orang membuka baju untuk berjual beli, keduanya tidak sempat berjual beli & melipatnya.

m. Nescaalah hari kiamat itu tiba, sedang orang yang baru pulang dengan membawa air susu perahan dari untanya, tetapi tidak sempat lagi meminumnya.

n. Pastilah hari kiamat itu tiba, sedangkan ada seseorang yang baru memperbaiki kolamnya, tetapi belum lagi diisikan air di dalamnya.

o. Nescaya hari kiamat itu tiba, sedangkan ada orang yang baru mengangkat makanan ke mulutnya, tetapi belum sempat memakannya."

(H.R.Bukhari)

TANDA-TANDA BESAR (KUBRA)
Jika tanda-tanda besar ini telah terjadi, menunjukkan bahawa hari kiamat itu telah hampir. diantara tanda-tanda besar iaitu :

1. Terbitnya matahari dari arah barat

2. Keluarnya binatang di tenah-tengah orang ramai.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
"sesungguhnya pertama-tama tanda-tanda yang keluar (yang menunjukkan sangat dekatnya wktu tibanya hari kiamat) ialah terbitnya matahari dari arah barat dan pula keluarnya suatu jenis binatang di hadapan orang ramai di waktu siang hari. mana yang diantara kedua tanda ini keluar lebih dahulu sebelum yang satunya, maka yang satunya itu akan mengikuti dalam masa yang dekat sekali sesudah terjadinya yang pertama itu." (H.R. Muslim & Abu Dawud)

FIQH - HUKUM NIKAH

Nikah merupakan amalan yang disyari'atkan. Rasulullah SAW pernah bersabda :
"wahai generasi muda, barangsiapa diantara kalian telah mampu serta berkeinginan untuk menikah, maka hendaklah ia menikah. kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata & memelihara kemaluan." (Muttafaqun 'Alaih)

FIQH - MENGGOSOKKAN BUAH KURMA PADA TENGGOROKAN ANAK YANG BARU LAHIR

Dari Abi Musa, ia berkata :
"anakku telah lahir, lalu aku membawanya kepada Rasulullah SAW. kemudian beliau menamakannya Ibrahim & mentahnik (mengoleskan buah kurma yang sudah dilumatkan pada langit-langit mulut bayi)mulutnya dengan sebutir kurma, lalu mendoakannya agar mendapatkan barakah, kemudian mengembalikannya kepadaku." (H.R. Bukhari)

AKHLAQ - AMAL SALIH SETELAH MATI

Diantara amal salih yang dapat menambah pahala orang yang telah meninggal dunia adalah pembangunan sekolah yang menjadi tempat belajar generasi muda dari kaum muslimin atau pembangunan hospital yang mengubati orang-orang yang menderita sakit, atau masjid yang di dalamnya disebut nama Allah. atau dengan memberikan sejumlah mushaf Al-Qur'an yang dihadiahkan secara percuma bagi kaum muslimin untuk dikaji isinya. atau anaksalih, baik lelaki mahupun perempuan, yang sentiasa mendoakannya. hal ini sebagaimana disebutkan dalam hadith Rasulullah SAW :
"apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga hal, iaitu : sadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, & doa anak salih yang sentiasa mendoakannya." (H.R. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi)

AKHLAQ - SABAR KETIKA SAKIT

Sebagai muslim/muslimah, hendaklah kita bersabar di atas musibah yang menimpa. kerana dalam kehidupan ini setiap orang akan sentiasa diuji oleh Allah SWT. untuk itu, tiada sesuatu yang lebih baik yang diberikan kepada seseorang hamba melebihi kesabaran. sakit merupaka ujian yang dengannya Allah memberikan mpunan atas kesalahan & dosa yang pernah diperbuat. dalam sebuah disebutkan :
"barang siapa yang dikehendaki oleh Allah unuk diberikan kebaikan, nescaya ia akan mendapatkannya." (H.R. Bukhari & Muslim)

TAUHID - GOLONGAN MANUSIA DI HARI KIAMAT

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Muaz bin Jabal r.a. bermaksud :
"jika datang hari kiamat, hari kerugian atau hari pnyesalan, maka umatku akan dihalau oleh Allah SWT dari kubur mereka menjadi 1 golongan.

GOLONGAN 1 :
Mereka dihalau dari kubur dengan keadaan tidak berangan & tidak berkaki, kemudian mereka dipanggil di hadapan Allah. mereka ini terdiri dari orang-orang yang menyakti jiran tetangga, & mati seelum bertaubat. itulah balasan untuk mereka & tempat kembali mereka adalah neraka. (Naudzubillahi min dzalik)

GOLONGAN 2 :
Mereka yang dibangkitkan dari kuburnya dengan rupa binatang atau berupa babi, dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. mereka yang seumpama ini ialah orang-orang yang memudah-mudahkan serta memandang ringan tuntutan sembahyang, & mati sebelum mereka sempat bertaubat. kembali mereka bersama dengan penduduk neraka. Firman Allah SWT dalam Q.S. Al-Ma'un ; 4-5 bermaksud : "maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang melalaikan solatnya." (Naudzubillahi min Dzalik)

GOLONGAN 3 :
Orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan perut mereka besar dipenuhi dengan ular & kala sebelum dipanggil ke pengadilan Allah. mereka termasuk ke dalam golongan yang tidak mahu mmbayar zakat & mati sebelum bertaubat. (Naudzubillahi min dzalik)

GOLONGAN 4 :
Orang-orang yang dibangkitkan dengan keadaan darah yang mengalir dari mulutnya, isi perutnya keluar dengan api yang menyala-nyala, dari mulut mereka keluar darah yang mengalir. mereka seterusnya dibawa ke pengadilan Allah itulah orang-orang yang berdusta & melakukan penipuan dalam perniagaan & mati dengan tidak bertaubat. (Naudzubillahi min dzalik)

GOLONGAN 5 :
Golongan kelima pula ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan busuk melebihi bau bangkai. kemudian dibawa kepada pengadilan Allah. mereka ini terdiri dari orang-orang yang cuba merahsiakan kemaksiatan & ejahatan yang merka lakukan seolah-olah Allah tidak mengetahuinya. (Naudzubillahi min dzalik)

GOLONGAN 6 :
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan lehernya yang terputus-putus, juga dibawa ke pengadilan Allah SWT. mereka adalah orang-orang yang menjadi saksi palsu & pendusta yang mati sebelum bertaubat. (Naudzubillahi min dzalik)

GOLONGAN 7 :
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan tidak berlidah, mulut mereka mengalir daah & nanah. mereka dibawa ke pengadilan Allah. inilah keadaan orang-orang yanng melarang & mencegah orang lain dari memperkatakan & membuat kesaksian terhadap sesuatu kebenaran. mereka mati dalam keadaan belum bertaubat. (Naudzubillahi min dzalik)

GOLONGAN 8 :
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan terpusing dengan kaki ke atas kepala ke bawah, sementara pada faraj (kemaluan) mereka pula keluar nanah yang panas mendidih. dalam keadaan begini ia dibawa ke hadapan Allah untuk mendapat balasan. mereka ini ialah orang-orang yang melakukan zina & mati sebelum sempat bertaubat. (Naudzubillahi min dzalik)

GOLONGAN 9 :
Ialah orang-orang yang dibangkitkandari kuburnya dalam rupa wajah yang hitam pekat & matanya keluar & perut berisi api. mereka ini ialah orang-orang yang memakan harta anak yatim & mati sebelum bertaubat. Firman allah SWT Q.S. An-Nisa ; 10 yang bermaksud : "sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim sebenarnya mereka itu sengaja menelan api sepenuh perutnya & mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." (Naudzubillahi min dzalik)

GOLONGAN 10 :
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dengan keadaan kulitnya berbelang-belang & berkudis-kudis. mereka dibawa ke hadapan Allah dengan keadaan demikian. mereka itulah orang-orang yang menyakiti kedua ibu bapanya & mati sebelum bertaubat. (Naudzubillahi min dzalik)

GOLONGAN 11 :
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kubur mereka keadaan yang buruk rupa, bergigi besar, bibir terkeluar ke paras dada, lidah terkeluar & perut ereka membuncit ke paras paha. dan mereka dihadapkanke pengadilan Allah. mereka inilah orang-orang yang minum arak & mati sebelum beraubat. (Naudzubillahi min dzalik)

GOLONGAN 12 :
Ialah orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dengan muka yang berseri-seri, melintasi siratal mustaqim scepat kilat. mereka inilah orang-orang yang mengerjakan amal salih, melarang dari melakukan maksiat, menunaikan taubat. balasan mereka adalah syurga dengan kemapunan & rahmat Allah serta kekal di dalamnya. (Semoga kita termasuk ke dalam golongan ini. amiiin...)

Wednesday 2 March 2011

TAUHID - JIKA ALLAH MENCINTAI SEORANG HAMBA, MAKA DIA AKAN MENJADIKANNYA DICINTAI ORANG LAIN

Dari Abu Hurairah r.a., dia menceritakan, Rasulullah SAW bersabda :
"sesungguhnya jika Allah Tabaraka wa Ta'ala mencintai seorang hamba, maka Jibril pun berseru : 'sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan, maka cintailah dia.' kemudian Jibril juga mencintainya, lalu Jibril berseru ke langit ; "sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan, maka cintailah dia.' maka semua yang ada di langit mencintainya, serta diberikan tempat yang luas baginya untuk dicintai di bumi." (Muttafaqun 'Alaih)

Para ulama mengatakan : "kecintaan Allah Ta'ala kepada hamba-Nya merupaka kehendak-Nya untuk memberikan kebaikan, petunjuk, kenikmatan, dan rahmat kepadanya. sedangkan kecintaan Jibril & para malaikat secara keseluruhan mencakup 2 segi, salah satunya adalah permohonan ampunan & doa untuknya. dan yang kedua, bahawa kecintaan mereka terhadapnya seperti layaknya kecintaan yang ada diantara sekalian manusia, iaitu berupa kecenderungan hati kepadanya & kerinduan mereka bertemu dengannya. kecintaan mereka itu disebabkan oleh kerana dia sentiasa taat kepada Allah Azza wa Jalla.

FIQH - DISUNNAHKAN MINUM DENGAN TIGA KALI HEMBUSAN & LARANGAN BERNAFAS DI TEMPAT MINUM

Dari Anas r.a., dia menceritakan, Nabi SAW bernafas 3 kali di luar tempat minum. (Muttafaqun 'Alaih)

Dan masih dari Anas r.a., dia mengatakan, Rasulullah SAW biasanya ernafas 3 kali ketika minum dan beliau berkata : "yang demikian itu lebih segar & nyaman." (H.R. Muslim)

Maksudnya beliau bernafas diantara tegukan di luar tempat minum. sedangkan bernafas di tempat minum tidak diperbolehkan. dalil yang menjadi landasan hal iu adalah :
dari Abu Qatadah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda :
"jika salah seorang diantara kalian minum, maka hendaklah dia tidak bernafas di dalam tempat minum." (Muttafaqun 'Alaih)

dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi SAW melarang bernafas dalam tempat minum & meniupnya (H.R. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, Tirmidzi)

dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi SAW melarang meniup pada minuman. seseorang bertanya : "aku melihat ada bulu pada minuman."Rasulullah SAW menjawab : "buanglah dengan cara menuangnya." kemudian orang itu berucap : "aku tidak merasakan kesegaran dengan hanya satu kali nafas." Nabi SAWmenjawab : "jika demikian, jauhkanlah tempat minuman dari mulutmu." (H.R. Ahmad & Tirmidzi)

Dalam kitab Ar-Raudhah disebutkan, para ulama berpegang pada pendapat ini. dan larangan bernafas di tempat minum dimaksudkan supaya tidak ada sesuatu dari nafas mahupun ludahnya yang jatuh ke dalam minuman yang mengakibatkan bau tidak enak pada minuman tersebut. selain hal tersebut juga merupakan kebiasaan haiwan yang bernafas di tempat minum.

Yang terbaik & lebih etiq adalah bernafas setelah tempat minuman itu dijauhkan dari mulut.

Sedangkan mengenai tiupan pada minuman terdapat dua pengertian. jika air minum itu panas, maka hendaklah orang yang hendak meminumnya bersabar sehingga sejuk. dan jika yang dimaksudkan adalah untuk membuang bulu, maka hendaklah dia mengambilnya dengan jari. apabila tidak boleh maka hendaklah membuangnya dengan cara menuangkannya, seperti yang terdapat dalam hadith di atas.

TAUHID - HAKIKAT MAKHLUK CIPTAAN ALLAH

Allah SWT menciptakan berbagai makhluk di alam semesta ini.Ada manusia, haiwan, tumbuhan, malaikat, jin, syaitan. namun, saat ini kita hanya akan membahas hakikat manusia, malaikat, jin, dan syatan.

HAKIKAT MALAIKAT
1. malaikat diciptakan daripada cahaya (annur).
2. Malaikat tergoong makhluk yang semuanya taat & berbakti kepada Allah SWT.
3. Tidak lelaki dan tidak pula perempuan, maka jumlahnya tidak dapat bertambah-tambah dengan melalui perkahwinan.
4. Tidak memerlukan makanan dan minuman.
5. Tidak akan mti sebelum datanyahari kiamat, maka jumlahnya tidak berkurangan.
6. Malaikat sejenis makhluk Allah yang bertubuh halus, ertinya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

HAKIKAT MANUSIA
1. Manusia dicptakan dari tanh (atturab)iaitu menurut keasliannya, yakni Nab Adam a.s.
2. Manusia ada golongan yang taat dan ada pula yang derhaka terhadap Allah SWT, sehingga ada yang masuk syurga dan ada pula yang masuk neraka.
3. Manusia ada yang lelaki dan ada pula yang perempuan. dengan keadaan itu jumlah manusia dapat bertambah-tambah melalui perhubungan perkahwinan.
4. Manusia jenis makhluk yang memerlukan makanan dan minuman serta memerlukan tempat tinggal.
5. Dapat mati sebelum datangnya hari kiamat, sehingga jumlah boleh berkurangan kerana kematian tersebut.
6. Bertubuh kasar, ertinya mampu diraba dengan pancaa indera.

HAKIKAT JIN
1. Jin diciptaka dari api (nahar).
2. Jin ada yang taat dan ada yang derhaka kepada Allh SWT, jadi ada yang masuk syurga dan ada pula yang masuk neraka.
3. Jin juga terdiri dari lelaki dan perempuan, sehingga jumlah mereka dapat bertambah-tambah.
4. Mereka juga memerlukan maanan da minuman.
5. Dapat ati sebelum atangnya hari kiamat dan dengan demikian jumlah mereka boleh berkurangan.
6. Jin tergolong makhluk yang bertubuh halus.

HAKIKAT SYAITAN
1. Syaitan diciptakan dari api (nahar).
2. Semuanya derhaka kepada Allah SWT, oleh sebab itu seluruh kaum keabat syaitan akan dimasukkan ke dalam api neraka.
3. Ada yang lelaki dan ada yang perempuan, sehingga jumlahnya dapat bertambah-tambah.
4. Suka terhadap makanan dan minuman, tetapi jikalau tidak makan dan tidak minum juga tidak berpengaruh apa-apa, ertiya ia tetap akan hidup.
5. Tidak akan mati sebelum datangnya hari kiamat, ertinya jumlah syaitan tidak akan berkurangan.
6. Syaitan bertubuh halus.

AKHLAQ - SOME MORE TIPS ON EATING ETIQETTE

1. if you are serving food, start with the eldest one.
2. If you are eating with others, be modest in your eating. do not try to eat more than others, especially when there is not enough food.
3. Lower your gaze to the food. do not watch others while eating. it may cause others to feel uneasy, if they are shy.
4. When you are eating with the poor people, give them preference over yourself. be polite and do not anything that might hurt them.
5. When you are the host, be generous to your guests.
6. Be content wth the food.
7. Do not find fault with your food. if you dislike it, just leave it.

TAUHID - RASUL-RASUL ALLAH

Allah SWT memberikan mukjizat kepada Rasul-rasul-Nya sebagai bukti untuk membenarkan kerasulannya. mukjizat itu adalah sesuatu yang dapat membuat lemah kepada orang-orang yang menentangnay serta mengalahkan bantahan-bantahan mereka dan mereka tidak dapat menirunya kerana mukjizat itu sangat luar biasa.

Permulaan Rasul itu dimulai dari Nabi Adam a.s. dan diakhiri dengan Nabi Muhammad SAW. Nabi dan Rasul menerima wahyu daripada Allah SWT. wahyu berbeda sekali dengan ilham, kerana wahyu itu khusus untuk para Nabi dan Rasul sedangkan ilham dapat diperoleh oleh manusia biasa.

Setiap Rasul itu pasti sebagai Nabi dan tidak setiap Nabi sebagai Rasul. jumlah para Nabi itu banyak sekali, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. menurut perkiraan bahawa jumlah Nabi itu kira-kira sebanyak 124.000 orang. dari jumlah yang ramai ituyang diangkat sebagai Rasul seramai 313 orang. namun yang wajib diketahui nama-namanya oleh setiap umat Islam sebanyak 25 Rasul, semua nama-nama itu tersebut di dalam Al-Qur'an
1. Adam a.s.
2. Idris a.s.
3. Nuh a.s.
4. Hud a.s.
5. Shalih a.s.
6. Ibrahim a.s.
7. Luth a.s.
8. Ismail a.s.
9. Ishaq a.s.
10. Ya'qub a.s.
11. Yusuf a.s.
12. Ayub a.s.
13. Syu'aib a.s.
14. Musa a.s.
15. Harun a.s.
16. Zulkifli a.s.
17. Daud a.s.
18. Sulaiman a.s.
19. Ilyas a.s.
20. Ilyasa a.s.
21. Yunus a.s.
22. Zakaria a.s.
23. Yahya a.s.
24. Isa a.s.
25. Muhammad SAW

SIRAH - KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW

Setiap kali membaca khutbah baginda Rasul SAW, mata ini terasa ingin menangis...

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah setiap jiwa dan harta orang Muslim sebagai amanh suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi."

"Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang."

"Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkanorang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. kamu semua adalah sama ; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal salih."

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan rislah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Tuesday 1 March 2011

AKHLAQ - SIAPA TEMAN SETIA

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda : "ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya & amalnya. dua diantaranya akan kembali & yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. keluarga & harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanta." (H.R. Bukhari & Muslim)

AKHLAQ - 4 PERTANYAN YANG MESTI DIJAWAB

Daripada Abu Barzah Nadhlah bin 'Ubaid Al-Aslami r.a. berkata : "Rasulullah SAW bersabda : "belum berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba (di hadapan Allah SWT pada hari kiamat), sehingga terlebih dahulu akan ditanya tentang umurnya(untuk apa dihabiskannya), dan akan ditanya tentang ilmunya (untuk apa ia melakukannya), dan akan ditanya tentang hartanya (darimana ia memperolehinya & untuk apa dibelanjakannya), dan akan ditanya tentang tubuh badannya (untuk apa dibinasakannya (digunakannya)." (H.R. Tirmidzi)

AKHLAQ - JAUHI TUJUH PEMBINASA

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : "jauhilah tujuh perkara yang membinasakan." sahabat bertanya : "ya Rasulallah! apakah tujuh pembinasa itu?" Nabi SAW menjawab : "menyekutukan Allah dengan yang lain, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan kebenaran menurut syara', memakan harta riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan pertempuran (di waktu berkecamuk peperangan)& menuduh berzina terhadap perempuan-perempuan mu'minah yang baik yang selalu menjaga diri daripada perbuatan yang keji," (H.R. Bukhari & Muslim)

SIRAH - 10 SAHABAT RASULULLAH SAW YANG DIJAMIN MASUK SYURGA

1. Abu Bakar A-Siddiq r.a.
2. Umar bin Khattab r.a.
3. Uthman bin Affan r.a.
4. Ali bin Abi Talib r.a.
5. Thalhah bin Abdullah r.a.
6. Zubair bin Awaam r.a.
7. Sa'ad bin Abi Waqqas r.a.
8. Sa'id bin Zaid r.a.
9. Abdur Rahman bin Auf r.a.
10. Abu Ubaidillah bin Jarrah r.a.

SIRAH - SENJATA & ALAT-ALAT PERANG RASULULLAH SAW

Pedang : 9 bilah
1. Al-Ma'thur
2. Zulfaqar
3. Ar-Rusub
4. Al-Qal'ei
5. Al-Hatfur
6. Al-'Adbu
7. Al-Battar
8. Al-Mikhdam
9. Al-Qadib

Tombah : 3 bilah
1. Al-Mathna
2. Al-'Anazah
3. Al-Baidha'

Baju besi : 7 pasang
1. Zatul Fudul
2. Zatul Hawais
3. Al-Sughudiah
4. Zatul Wisyah
5. Al-Batra'
6. Fiddon
7. Al-Khirnaq

Alat pelontar : 2 buah
1. Azzaluk
2. Al-Fatg

Busur panah : 5 bilah
1. Azzaura
2. Ar-Ruhaa'
3. AL-Kutum
4. Al-Shafra'
5. Al-Baidha'

Topi besi : 2 buah
1. Muwasyah
2. Al-Sabugh

Khemah : 1 buah
Al-Sakan

SIRAH - BIOGRAFI RASULULLAH SAW

Mungkin sebahagian dari kita lupa/bahkan belum tahu banyak tentang Nabi kita, Muhammad SAW. jika kita mahu mencintai beliau, maka mestilah kita mengenal beliau terlebih dahulu. seperti pepatah mengatakan "tak kenal maka tak sayang." let's find out...

Nama : Muhammad SAW bin Abdullah

Bapa : Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah

Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah

Nenek sebelah Bapa : Fatimah binti Umar Al-Makhzumiyah

Nenek sebelah Ibu : Burrah binti Abdul Uzza bin Usman bin Abdul Dar bin Qusay bin Murrah

Tarikh Lahir : Isnin, sebelum terbit matahari, 12 Rabiul Awwal tahun ke-53 sebelum Hijrah / 570 Masihi

Tempat Lahir : Makkah Al-Mukarramah berhampiran bukit Safa (rumah Abu Talib-tempat tersebut telah dibangunkan sebagai perpustakaan Makkah & masih wujud sehingga sekarang)

Tarikh Diangkat menjadi Nabi : 27 Ramadhan tahun ke-13 sebelum Hijrah / 609 Masihi, Gua Hira, Makkah Al-Mukarramah

Wafat : Isnin, sebelum tangah hari, 12 Rabiul Awwal tahun ke-11 Hijrah / 632 Masihi di Madinah

Jantina : Penghulu lelaki

Agama : Penghulu agama Islam

Alamat : Makkah Al-Mukarramah, kemudian hijrah ke Madinah Al Munawarrah (masjid Nabi)

Pekerjaan :
1. Penggembala kambing
2. Berniaga (sehingga umur 40 tahun)
3. Bertugas secara rasmi sebagai Nabi / Rasul (menyampaikan risalah Allah)

Tanda istimewa: cop kenabian diantara dua bahu yang sentiasa dinaungi oleh bayangan awan ke mana sahaja baginda pergi

Sifat-sifat :
wajah : putih bersih
mata : hitam
rambut : hitam
ketinggian: sederhana & dada bidang

Nama bidan : Shifa' binti Auf (Ummu Abd Rahman)

Nama penjaga : Ummu Aiman

Nama penyusu :
1. Thuwaibah Al-Aslamiyah
2. Halimah binti Dzuaib As-Sa'diyah

Saudara sesusuan :
DARIPADA THUWAIBAH
1. Abdullah bin Jahay
2. Hamzah bin Abdul Mutallib
3. Abu Salamah bin Abdul Asad
4. Masruh bun Thuwaibah
DARIPADA HALIMAH
1. Abdullah bin Al-Harith
2. Anisah binti Al-Harith
3. Huzaifah bin Al-Harith

Keistimewaan : Rahmat sekalian alam

Warna kegemaran : Hijau & Putih

Isteri-isteri :
1. Siti Khadijah binti Khuwailid r.h.
2. Saudah binti Zam'ah r.h.
3. Aisyah binti Abu Bakar r.h.
4. Hafsah binti Umar r.h.
5. Zainab binti Khuzaimah r.h.
6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah r.h.
7. Zainab binti Jahsy r.h.
8. Juwairiah binti Al-Harith r.h.
9. Safiyyah binti Huyai r.h.
10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan r.h.
11. Maimunah binti Al-Harith r.h.
12. Mariah binti Syam'un r.h.

Anak-anak :
LELAKI
1. Al-Qosim r.a.
2. Abdullah r.a.
3. Ibrahim r.a.
PEREMPUAN
1. Zainab r.h.
2. Ruqayyah r.h.
3. Ummu Kulthum r.h.
4. Fatimah r.h.
Cucu-cucu :
LELAKI
1. Ali r.a.
2. Abdullah r.a.
3. Al-Hasan r.a.
4. Al-Husain r.a.
5. Yahya r.a.
6. Muhammad r.a.
PEREMPUAN
1. Umamah r.h.
2. Ummu Kulthum r.h.
3. Zainab r.h.
4. Ruqayyah r.h.

Binatang kesayangan :
1. KELDAI (4 ekor)
keldai kesayanagn Baginda bernama Dul-Dul
2. UNTA (20 ekor)
unta kesayangan Baginda bernama 'Atba
3. KUDA (20 ekor)
kuda kesayangan Baginda bernama Ya'afur

TAUHID - KEUTAMAAN SURAH AL-MULK

Dari Ibnu Abbas r.a, dia menceritakan : "salah seorang sahabat pernah memukulkan kantung airnya pada sebuah kubur, sedangkan ia tidak mengira bahawa itu adalah kubur, dan tiba-tiba seseorang membaca surah Al-Mulk sampai akhir. kemudian aku mendatangi Nabi SAW & aku menceritakan : "wahai Rasulullah, aku telah memukulkan kantung airku pada sebuah kubur & aku tidak mengira bahawa itu adalah kubur, tiba-tiba ada seseorang membaca surah Al-Mulk sampai selesai.'maka beliau pun berkata : "ia (surah Al-Mulk)adalah pencegah & penyelamat yang akan menyelamatkannya dari azab kubur." (H.R. Tirmidzi)

Dari Jabir r.a., dia menceritakan, Nabi SAW pernah mengatakan bahawa beliau tidak tidur sehingga membaca surah As-Sajdah & surah Al-Mulk (H.R. Tirmidzi & Nasa'i)

FIQH - LARANGAN MEMBUAT TATOO & MERENGGANGKAN GIGI

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., Rasulullah SAW bersabda :
"Allah melaknat wanita yang membuat tatoo (pada kulitnya) & wanita yang meminta dibuatkan tatoo, yang mencukur alisnya & wanita yang meminta diranggangkan giginya untuk mempercantik diri, yang mereka semua mengubah ciptaan Allah." (Muttafaqun 'Alaih)

AKHLAQ - LARANGAN GHIBAH

Dari Abu Hurairah r.a., dia menceritakan, telah ditanyakan kepada Rasulullah : "wahai Rasulullah, apakah ghibah itu?" beliau menjawab : "engkau menybut sesuatu yang tidak disukai saudaramu." lebih lanjut orang itu mengatakan : "bagaimana pendapatmu mengenai ucapanku?" "jika apa yang engkau katakan itu benar, maka engkau telah berbuat ghibah terhadapnya. dan jika tidak benar, maka engkau talah melakukan kebohongan mengenai dirinya." (H.R. Abu Dawud & Tirmidzi)

AKHLAQ - MENGENDALIKAN DIRI KETIKA MARAH

Dari Abu Hurairah r.r., Rasulullah SAW bersabda : "bukanlah orang yang keras (kuat)itu kerana perkelahian, tetapi yang disebut orang yang keras adalah yang dapat mengendalikan diri ketika marah." (Muttafaqun 'Alaih)

TAUHID - TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK TAQDIR KECUALI DOA

Setiap muslim/muslimah hendaklah mengetahui bahawa tidak ada yang dapat menolak taqdir kecuali kesungguhan doa kepada Allah SWT. dalil yang menjadi landasan hal itu adalah hadith daripada Abu Usman Al-Nahdi, dari Salman, dia menceritakan, Rasulullah SAW bersabda : "tidak ada yang dapat menolak taqdir kecuali doa, dan tidak ada yang menambah umur kecuali kebaikan." (H.R. Tirmidzi)

TAUHID - SIAPAKAH JESUS?

Kebanyakan dari kita telah mengetahui bahawa umat Kristian menganggap bahawa Jesus itu Tuhan. tap sebenarnya siapakah Jesus itu?dari manakah nama Jesus itu berasal?

Sebanyak 90% umat Kristian tidak memahami bahawa ketika Jesus lahir, namanya bukanlah Jesus, tapi Esow (Ibrani), dalam bahasa Arab adalah Isa. nama Jesus baru ada ketika Nabi Isa a.s. mengalami bahaya penyaliban & beliau diselamatkan oleh Allah. orang Romawi yang tidak suka mengucap istilah Esow kerana kurang sedap didengar. mereka punya nama kegemaran yang diawali dengan huruf konsonan & akhiran -as, -us. bahasa Ibrani tidak mengenal huruf Y. jadi nama tersebut ditukar Esow - Josua - Jehesua - Jesus.

Jesus menjadi Tuhan melalui proses konsili (muktamar) di Nizea pada tahun 325 M. dilantik oleh kaisar Romawi. peristiwa itu dikenal sebagai konsili Nizea.

25th December adalah lahirnya dewa matahari. sehingga mereka mempunyai anggapanbahawa Jesus adalah anak dewa matahari. ini dapat terlihat di setiap patung Jesus / salib ada tanda bulat yang merupakan symbol dewa matahari.

Di dalam ajaran agama Kristian pun terdapat perbezaan antara satu dengan yang lain.
Di dalam bible Lucas & Matius menceritakan tentang kelahiran Jesus. tetapi antara keduanya terdapat kontradiksi. yang satu mengatakan bahawa Jesus lahir pada zaman kaisar Augustus, sedangkan yang lainnya mengatakan bahawa Jesus lahir pada zaman kaisar Herudus. jadi bible yang manakah yang benar?

Dikatakan bahawa Jesus menggembala domba pada waktu bintang bersinar gemerlap. keadaa seperti itu, maknanya cuaca berawan bagus. tetapi kenapa didalam hiasan Christmas terdapat salji?

Dikatakan Jesus lahir di Betlehem propinsi Galilea negara Palestin. di seluruh negara tersebut pohon cemara tidak akan boleh tumbuh, dari dahulu hinggalah sekarang. yang boleh tumbuh hanya pohon kurma. lalu, dari manakah lahirnya lambang pohon cemara?
lahirnya pohon cemara adalah ketika Constantin mahu invasion ke Germany. para pastor dikirim dengan tujuan observasi tentang agama yang dianut orang Germany saat itu. ternyata agama orang-orang Germany saat itu adalah Dinamism & Animism yang menyembah sebuah pohon yang mempunyai bentuk khas yang menjulang tegak ke udara & mengeluarkan bau harum yang khas juga, iaitu pohon cemara. setelah diadakan pertemuan di Konstantin, maka pastor yang dikirim ke Germany semakin banyak untuk menyebar ke seluruh Germany. tujuannya adalah untuk mengatakan Jesus lahir di bawah pohon cemara. akhirnya orang-orang Germany menganggap Jesus anak dewa cemara.

Hari raya Christmas baru terjadi pada abad ke-5.

Fatwa MUI (Majelis Ulama Indonesia) : "merayakan / mengucapkan Christmas hukumnya adalah HARAM.

Batas toleransi beragama adalah "Lakum diinukum wa liadiin." toleransi akan menjadi intervensi bila ita sudah masuk ke dalam lingkup mereka. mengucapkan selamat Christmas = intervensi.

Seseorang berbuat baik kepada kita, maka kita pun harus berbuat baik kepadanya. tapi tidak dalam hal aqidah. bahkan, seorang anak tidak lagi wajib patuh kepada orang tuanya apabila orang tuanya itu menyuruh sang anak berbuat sesuatu yang melanggar aqidah. oleh pihak gereja, ucapan Aidil Fitri diperbolehkan & bahkan dianjurkan. kerana mereka beranggapan hal itu hanya sebatas hablum minannas (hubungan dengan sesama manusia). jadi, ketika mengucapkan selamat Aidil Fitri secara automatic tidak ada pelanggaran aqidah. tetapi bagi umat Islam mengucapkan selamat Christmas sudah termasuk hablum minallah (hubungan kepada Allah). begitu juga dalam hal mengirim hadiah / hamper. kita boleh memberinya kepada mereka, tetapi tidak pada saat hari raya mereka / sebagai ucapan hari raya mereka. walaupun kita mengirimkan hadiah itu tidak dengan ucapan selamat untuk hari raya mereka, tetapi diberian ketika hari raya mereka, maka hal tersebut juga dianggap melanggar aqidah. boleh saja kita berikan sebagai ucapan kesuksesannya. sebab hal-hal tersebut sudah mengandungi muatan aqidah.

Wallahu a'lam bi sawab. Sesungguhya Allah SWT sahaja yang Mengetahui apa yang benar dan apa yang disembunyikan