Wednesday 2 March 2011

FIQH - DISUNNAHKAN MINUM DENGAN TIGA KALI HEMBUSAN & LARANGAN BERNAFAS DI TEMPAT MINUM

Dari Anas r.a., dia menceritakan, Nabi SAW bernafas 3 kali di luar tempat minum. (Muttafaqun 'Alaih)

Dan masih dari Anas r.a., dia mengatakan, Rasulullah SAW biasanya ernafas 3 kali ketika minum dan beliau berkata : "yang demikian itu lebih segar & nyaman." (H.R. Muslim)

Maksudnya beliau bernafas diantara tegukan di luar tempat minum. sedangkan bernafas di tempat minum tidak diperbolehkan. dalil yang menjadi landasan hal iu adalah :
dari Abu Qatadah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda :
"jika salah seorang diantara kalian minum, maka hendaklah dia tidak bernafas di dalam tempat minum." (Muttafaqun 'Alaih)

dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi SAW melarang bernafas dalam tempat minum & meniupnya (H.R. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, Tirmidzi)

dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi SAW melarang meniup pada minuman. seseorang bertanya : "aku melihat ada bulu pada minuman."Rasulullah SAW menjawab : "buanglah dengan cara menuangnya." kemudian orang itu berucap : "aku tidak merasakan kesegaran dengan hanya satu kali nafas." Nabi SAWmenjawab : "jika demikian, jauhkanlah tempat minuman dari mulutmu." (H.R. Ahmad & Tirmidzi)

Dalam kitab Ar-Raudhah disebutkan, para ulama berpegang pada pendapat ini. dan larangan bernafas di tempat minum dimaksudkan supaya tidak ada sesuatu dari nafas mahupun ludahnya yang jatuh ke dalam minuman yang mengakibatkan bau tidak enak pada minuman tersebut. selain hal tersebut juga merupakan kebiasaan haiwan yang bernafas di tempat minum.

Yang terbaik & lebih etiq adalah bernafas setelah tempat minuman itu dijauhkan dari mulut.

Sedangkan mengenai tiupan pada minuman terdapat dua pengertian. jika air minum itu panas, maka hendaklah orang yang hendak meminumnya bersabar sehingga sejuk. dan jika yang dimaksudkan adalah untuk membuang bulu, maka hendaklah dia mengambilnya dengan jari. apabila tidak boleh maka hendaklah membuangnya dengan cara menuangkannya, seperti yang terdapat dalam hadith di atas.

No comments:

Post a Comment