Tuesday 22 March 2011

TAUHID - MALAIKAT-MALAIKAT ALLAH

Pekerjaan para malaikat itu berbeda-beda. ada yang bertugas menjunjung Arsy, ada yang mengawasi setiap pekerjaan hamba-hamba Allah dan lain-lain. dari sekian banyka jumlah malaikat itu tentu ada yang merupakan pemimpin dari tugas-tugas yang diberikan Allah SWT. diantara malaikat-malaikat yang wajib diketahui iaitu :

1. Jibril a.s.
Jibril merupakan pemimpin dari seluruh malaikat. disamping itu Jibril a.s. mempunyai tugas menyampaikan wahyu Allah SWT kepada para Nabi & Rasul. pekerjaan ini berakhir sampai kepada junjungan Nabi MUhammad SAW, sebab setelah baginda tidak ada lagi Nabi yang lain.

2. Mikail a.s.
Mikail a.s. ditugaskan oleh Allah SWT untuk membahagikan rizki kepada seluruh makhluk seperti makan, minum, hujan dan lain-lain.

3. Izrail a.s.
Malaikat Izrail a.s. ditugaskan untuk mencabut ruh atau nyawa semua makhluk, baik manusia, haiwan, jin, syaitan, dan malaikat sendiri apabila tiba saatnya.

4. Israfil a.s.
Malaikat Israfil a.s. ditugaskan untuk meniup sangkakala atau shur, jika telah tiba masa kiamat nanti.

5. Raqib a.s.
Malaikat Raqib a.s. bertugas untuk mencatat setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia.

6. 'Atid a.s.
Malaikat 'Atid a.s. pula bertugas sebagai pencatat setiap amal jahat yang dilakukan oleh manusia.

7. Munkar a.s.
Bertugas memberikan pertanyaan-pertanyaan kepada orang yang ada di dalam kubur setelah mati. sekalipun di mana sahaja kubur atau tempat kematiannya.

8. Nakir a.s.
Tugasnya sama-sama dengan malaikat Munkar a.s.

9. Ridhwan a.s.
Malaikat Ridhwan a.s. ditugaskan untuk menjaga syurga.

10. Malik a.s.
Malaikat Malik a.s. bertugas sebagai penjaga neraka.

No comments:

Post a Comment