Monday 28 February 2011

FIQH - PERINTAH BERHIJAB

Allah SWT berfirman :
"wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian memasuki rumah-rumah Nabi kecuali jika kalian diizinkan masuk untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya, tetapi jika kalian diundang maka masuklah dan jika kalian selesai makan, keluarlahkalian tanpa asyik memperpanjang percakapan. sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu kepada kalian (untuk menyuruh kalian keluar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Nabi, maka mintalah dari belakang tabir. cara yang demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. dan tidak boleh kalian menyakiti (hati)Rasulullah dan tidak pula mengawini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah beliau wafat. sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah." (Q.S. Al-Ahzab ; 53)

Firman Allah SWT "wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian memasuki rumah-rumah Nabi," merupakan larangan yang bersifat umum bagi setiap mukmin.

Dari Anas r.a. dia menceritakan, Umar bin Khattab berkata : "ya Rasulullah, sesungguhnya ada yang mesuk ke rumah isteri-isterimu, lelaki bai juga lelaki jahat, sekiranya engkau memerintahkan mereka mengenakan hijab. lalu Allah menurunkan ayat hijab." (Mutafaqun 'Alaih)

Ayat hijab itu turun pada bulan Dzulqa'dah tahun ke-5 Hijrah. tetapi ada juga yang mengatakan tahun ke-3.
"kecuali jika kalian diizinkan." dalam larangan itu ada pngecualian iaitu jika ada izin dari beliau.
"apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir." setelah ayat ini tidak lagi diperkenankan bagi seseorang melihat isteri Nabi SAW baik saat mengenakn jilbab ataupun tidak.
"cara yang demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka." dalam larangan tersebut mengandungi adab sopan santun, sekaligus peingatan agar tidak berkhulwah dengan selain muhrimnya serta berbincan-bincang tanpa adanya hijab, kerana yang demikian itu akan lebih baik bagi dirinya dan dapat menjaga dirinya.

Demikian juga firman-Nya :
"wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : 'hendaklah mereka menghulurkan jilbabkeseluruh tubuh mereka.'yang demikian itu supaya meeka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.S. Al-Ahzab ;59)

Ditujukannya firman tersebut keada Nabi SAW, isteri-isteri dan puteri-puteri beliau serta isteru-isteri orang mukmin menunjukkan bahawa seluruh wanita muslimah dituntut menjalankan peintah ini tanpa adanya pengecualian.

Mengenai hijab ini ada beberapa syarat yang tanpanya hijab itu tidak sah, iaitu : Pertama, hijab itu harus menutupi seluruh badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan, yang dikenakan ketika memberikan memberikan kesaksian mahupun solat.Kedua., hijab itu bukan untuk dimaksudkan sebagai hiasan bagi dirinya, sehingga tidak diperbolehkan memakai kain yang berwarna mencolok, atau kain yang penuh gambar dan hiasan. Ketiga, hijab itu harus lapang dan tidak sempit sehingga tidak menggambarkan bentuk tubuh.Keempat , hijab itu tidak memperlihatkan sedikit pun bahagian kaki wanita. Kelima, hijab yang dipakai tidak koyak sehingga tidak menampakkan bahagian tubuh atau perhiasan wanita. dan juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki.

No comments:

Post a Comment