Monday 28 February 2011

FIQH - LARANGAN MENCUKUR & MENYAMBUNG RAMBUT

Tidak diperbolehkan bagi seorang wanita mencukur rambutnya kecuali kerana satu hal yang mengharuskan untuk itu, dan tidak juga menyambung rambutnya, baik dengan rambut sendiri, rambu orang lain, rambut haiwan, mahupun yang lainnya.

Bahkan Ibnu Hazim mengatakan, bahawa menyambung rambut merupakan salah satu dosa besar.

Dari Ali binAbi Talib r.a, dia berkata :
"Rasulullah SAW telah melarang wanita mencukur rambutnya." (H.R. Tirmidzi & An-Nasa'i)

Dari Asma' binti Abu Bakar Al-Siddiq, dia menceritakan, pernah ada seorang wanita datang kepada Rsulullah SAW seraya bertanya "wahai Rasulullah, aku mempunyai seorang puteri yang terserang penyakit, sehingga rambutnya gugur, apakah berdosa jika menyambungnya?" Beliau menjawab : "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan wanita yang meminta disambungkan rambutnya." (H.R Mutafaqun 'Alaih)

Dari Humaid bin Abdirrahman, dia menceritakan, aku pernah mendengar Mu'awiyah ketika dia sedang berada di atas mimbar di Madinah, dimana dia mengambil dari dalam kopiahnya guntingan rambut seraya berkata : "wahai penduduk Madinah, diamana ulama-ulama kalian, sesungguhnya aku pernah mendengar Nabi SAW melarang melakukan hal ini (menyambung rambut). ketahuilah, bahawa orang-orang Bani Israil binasa ketika wanita-wanita kalangan mereka melakukan hal ini."

Dari Mu'awiyah r.a., bahawa "Rasulullah SAW melarang tipu daya, dan tipu daya wanita adalah menyambung rambutnya."

Dari Ibu umar r.a., bahawa Rasulullah SAW melaknat wanita yang menyambun rambutnya.

No comments:

Post a Comment