Monday, 30 August 2010

KATA-KATA HIKMAH

ILMU & HARTA
Ilmu memelihara anda & anda memelihara harta.
Ilmu bertambah dengan menginfakkannya, sedangkan harta berkurang kerananya.
Ilmu melahirkan cahaya yang menerangi anda, sedangkan harta mengundangkegelapan yang menyesatkan anda.
Lupa adalah penyakitnya ilmu & harta berlebihan adalah penyakitnya agama.

KELAPANGAN DADA
Jangan menghalangi seseorang marah jika ingin mengetahui kelapangan dadanya kerana kelapangan dada baru dapat diketahui saat kemarahan.

KEMULIAAN
Hati adalah kediaman Allah, maka jangan tempatkan di kediaman-Nya apa yang tidak disukai-Nya.

AKAL
Diriwayatkan bahawa Adam as diberi tiga hal untuk dipilihnya satu diantaranya, iaitu akal, rasa malu & agama. Adam memilih akal. tetapi ketika ia mengambilnya, rasa malu & agama enggan berpisah. sehingga yang berakal pasti beragama & memiliki rasa malu.

PUJIAN
Apabila tanganmu pendek sehingga tidak dapat memberi, maka jadikanlah lidahmu panjang agar dapat memuji & berterima kasih.

KEBAHAGIAAN
Kebahagiaan jasmani terletak pada sedikitnya makan, kebahagiaan jiwa pada sedikitnya dosa, kebahagiaan hati pada sedikitnya ketergantungan, & kebahagiaan lidah pada sedikitnya percakapan.

LIMA KOMPONEN
Salah seorang bijak dipenjarakan & tidak diberi makanan kecuali 2 keping roti n sedikit garam. setelah beberapa hari penjaga datang melihatnya, lalu berkata :
"engkau tidak diberi makan yang cukup, tetapi nampaknya kesihatanmu tidak terganggu. apakah sebabnya?."
dia menjawab:"aku telah membuat capsule yang terdiri dari 5 komponen & itulah yang kuambil setiap hari shingga kesihatanku terjaga.pertama percaya kepada Allah,kedua pengetahuan bahawa setiap yang ditakdirkan itu pasti terjadi, ketiga sabar adalah ubat penyembuh yang paling ampuh, keempat kutanamkan dalam fikiranku bahawa cubaan yang kualami ini pasti boleh lebih parah daripada yang sedang terjadi, kelima setiap penderitaan pasti berakhir kerana itu setiap saat berlalu aku semakin tenangkerana semakin dekat dengan masa berakhir."

No comments:

Post a Comment