Monday 30 August 2010

JAWAAMI' AL-KALIM

Salah satu keistimewaan Nabi Muhammad SAW adalah anugerah daripada Allah kepada beliau berupa kemampuan menyampaikan ayat-ayat singkat penuh makna atau yang beliau namakan Jawaami' Al-Kalim. berikut ini sebahagian daripadanya:
# Nilai suatu amal sesuai dengan niat pelakunya
# Tinggalkan yang meragukanmu menuju yang tidak meragukanmu
# Orang mukmin tidak terjerumus dua kali dalam lubang yang sama
# Tidaklah binasa yang menyedari kadar dirinya
# Meninggalkan keburukan adalah sadaqah
# Pertolongan datang setingkat dengan usaha
# Muslim adalah cermin muslim yang lain
# Yang dimintai saran, terpercaya
# Berbahagialah yang mengambil pelajaran daripada selainnya
# Janji adalah pemberian
# Agama adalah interaksi (harmoni)
# Agama adalah nasihat (ketulusan)
# Sadaqah paling mulia adalah pemberian seorang yang perlu
# Bencana bersumber daripada ucapan
# Kekayaan adalah kekayaan hati
# Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah
# Sebaik-baik bekal adalah taqwa
# Mulailah dengan dirimu kemudian keluargamu
# Salah satu baiknya keislaman seseorang adalah meninggalkan yang bukan urusannya

KATA-KATA HIKMAH

ILMU & HARTA
Ilmu memelihara anda & anda memelihara harta.
Ilmu bertambah dengan menginfakkannya, sedangkan harta berkurang kerananya.
Ilmu melahirkan cahaya yang menerangi anda, sedangkan harta mengundangkegelapan yang menyesatkan anda.
Lupa adalah penyakitnya ilmu & harta berlebihan adalah penyakitnya agama.

KELAPANGAN DADA
Jangan menghalangi seseorang marah jika ingin mengetahui kelapangan dadanya kerana kelapangan dada baru dapat diketahui saat kemarahan.

KEMULIAAN
Hati adalah kediaman Allah, maka jangan tempatkan di kediaman-Nya apa yang tidak disukai-Nya.

AKAL
Diriwayatkan bahawa Adam as diberi tiga hal untuk dipilihnya satu diantaranya, iaitu akal, rasa malu & agama. Adam memilih akal. tetapi ketika ia mengambilnya, rasa malu & agama enggan berpisah. sehingga yang berakal pasti beragama & memiliki rasa malu.

PUJIAN
Apabila tanganmu pendek sehingga tidak dapat memberi, maka jadikanlah lidahmu panjang agar dapat memuji & berterima kasih.

KEBAHAGIAAN
Kebahagiaan jasmani terletak pada sedikitnya makan, kebahagiaan jiwa pada sedikitnya dosa, kebahagiaan hati pada sedikitnya ketergantungan, & kebahagiaan lidah pada sedikitnya percakapan.

LIMA KOMPONEN
Salah seorang bijak dipenjarakan & tidak diberi makanan kecuali 2 keping roti n sedikit garam. setelah beberapa hari penjaga datang melihatnya, lalu berkata :
"engkau tidak diberi makan yang cukup, tetapi nampaknya kesihatanmu tidak terganggu. apakah sebabnya?."
dia menjawab:"aku telah membuat capsule yang terdiri dari 5 komponen & itulah yang kuambil setiap hari shingga kesihatanku terjaga.pertama percaya kepada Allah,kedua pengetahuan bahawa setiap yang ditakdirkan itu pasti terjadi, ketiga sabar adalah ubat penyembuh yang paling ampuh, keempat kutanamkan dalam fikiranku bahawa cubaan yang kualami ini pasti boleh lebih parah daripada yang sedang terjadi, kelima setiap penderitaan pasti berakhir kerana itu setiap saat berlalu aku semakin tenangkerana semakin dekat dengan masa berakhir."

Wednesday 25 August 2010

FIQH

MENYEMPURNAKAN RAKAAT SOLAT
"Apabila solat didirikan, maka janganlah kalian mendatanginya dengan berlari-lari kecil, tetapi datangilah dengan berjalan biasa, klian harus bersikap tenang; rakaat yang kalian jumpai kerjakanlah, sedangkan rakaat yang kalian lewatkan sempurnakanlah." (H.R. Bukhari & Muslim)

DI SEBALIK PENGHARAMAN BABI
Perilaku mengkonsumsi daging babi boleh menyebabkan bermacam penyakit, seperti gangguan cacing (cacing gelang, cacing kerawit, cacing tambang). salah satu yang paling berbahaya adalah Taenia Solium atau cacing pita. cacing ini berdiam di dalam usus besar & sangat panjang. ova atau telurnya memasuki aliran darah & boleh mencapai hampir seluruh tubuh. jika memasuki otak ia boleh menyebabkan hilang ingatan, jika memasuki jantung ia bolh menyebabkan penyakit jantung, jika memasuki mata ia boleh menyebabkan kebutaan, jika memasuki hati ia boleh merosakkan hati. cacing lainnya yang sangat berbahaya adalah Trichura tichurasis. cacing ini tidak mati ketika dimasak dalam suhu masak normal.
Daging babi hanya memiliki sedikit susuban otot & mengandung lemak berlebih. lemak ini ditimbun dalam pembuluh & boleh menyebabkan hipertensi serta serangan jantung. tidak mengejutkan jika 50% orang Amerika menderita hipertensi. babi adalah haiwan yang sangat menjijikkan. ia tumbuh di tempat kotor, tempat yang dipenuhi najis & lumpur. bahkan babi-babi itu seringkali memakan kotoran mereka sendiri atau kotoran teman-teman sekandangnya.

PENYEMBELIHAN HAIWAN TERNAK
Menurut Hanafi & Maliki, penyembelihan harud dilakukan dengan terpotongnya empat urat leher, iaitu urat tenggorokan, urat pencernaan & dua urat nadi. Rasulullah SAW bersabda "menyembelih adalah antara leher & dagu haiwan." (H.R.Baihaqi)
Menurut Syafi'i & Hambali, penyembelihan harus dilakukan dengan terpotongnya dua saluran di leher haiwan, iaitu saluran nafas yang terletak di leher & saluran makanan/pencernaan.
Dari pendapat tersebut, menyembelih yang sah adalah memotong dua saluran utama leher haiwan, iaitu saluran makanan & pernafasan. menyembelih yang sempurna adalah dengan terpotongnya dua urat nadi leher.
Tujuan menyembelih haiwan menurut agama, selain daripada untuk mematikan haiwan juga untuk menghilangkan darah daripada daging. adapun tata cara menyembelih adalah sebagai berikut :
1. membaca asma Allah/Basmalah.
2. sebaiknya dilakukan pada siang hari.
3. menghadapkan haiwan yang disembelih ke arah kiblat.
4. membaringkan/menidurkan haiwan yang akan disembelih pada sisi kirinya &
menajamkan pisau.

Tuesday 24 August 2010

MU'JIZAT & KESIHATAN

BUAH KURMA & KESIHATAN
mungkin kebanyakan dari kita tidak mengetahui khasiat buah kurma. kita mungkin hanya tahu bahawa memakan buah kurma itu baik.
kurma adalah sejenis tumbuhan palma atau dalam bahasa latinnya dikenal dengan phonex dactylifer yang berbuah & boleh dimakan, baik dalam keadaan masak mahupun masih mentah. berdasarkan penelitian para ilmuwan kurma kaya akan protein, serat gula, vitamin A & C serta mineral seperti zat besi, kalsium, sodium & potasium. kandungan protein didalam kurma sebanyak 1.8 - 2.0%, serat sebanyak 2.0-4.0%, gula sebanyak 50-70% glukosa. dengan kandungan gula seperti itu, kurma mampu memberi tambahan tenaga bagi orang yang berbuka puasa sehingga ia akan merasa segar & bertenaga untuk beribadah tanpa rasa letih mahupun mengantuk. biasanya bagi orang yang merasa letih & mengantuk di saat melaksanakan solat tarawih disebabkan kerana makanan yang dimakan kebanyakan mengandung karbohidrat yang tidak menyediakan tenaga instant. oleh kerana itu untuk menghindari hal tersebut, buah kurma adalah jawapannya. zat gula yang ada dalam uah kurma berbeza dengan gula pada buah-buahan lain seperti gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandung sukrosa dimana zat itu langsung diserap ke dalam tubuh. hal ini membuat gula itu harus dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum berubah menjadi glukosa. sebaliknya, kurma tidak memerluka proses demikian. sementara potasium di dalam kurma beguna untuk mengatasi masalah stress, sembelit & lemah otot.

MU'JIZAT AIR ZAMZAM
Zamzam adalah sebuah sumur yang terletak di dalam Masjidilharam. air yang keluar dari sumur itu disebut dengan air zamzam. setiap jamaah haji atau umrah selalu meminum air zamzam & membawanya pulang ke tanah airnya masing-masing sebagai oleh-oleh istimewa. riwayat keberadaan sumur zamzam ini berkaitan dengan Nabi Ibrahin & istrinya, Siti Hajar, dan puteranya, Ismail. salah satu erti dari kata zamzam adalah berkumpul, iaitu air yang berkumpul atau dikumpulkan. sebab, zamzam pada mulanya adalah air yang tergenang di permukaan tanah tempat sumur zamzam yang dapat kita saksikan setiap masa. air itu kemudian berkumpul atau dikumpulkan oleh Siti Hajar untuk diminumkan kepada puteranya, Ismail, yang ketika itu kehausan. satu riwayat menyebutkan bahawa ketika Siti Hajar & puternya, Ismail, terpaksa itinggalkan Nabi Ibrahim kerana diperintahkan Allah untuk pergi ke Palestin, mereka ditinggalkan di samping Baitullah tanpa teman & bekal apapun. kekuasaan & kebesaran Allah, muncul air di samping Ka'bah untuk memulai kehidupan keluarga Nabi Ibrahim. memang terjadi perbezaa riwayat, apakah air itu muncul akibat gesekan kaki Ismailterhadap bumi atau malaikat Jibril yang menancapkan tumitnya i tanah itu. yang jelas, air itu muncul di permukaan bumi pada tempat yang sama sekali tidak ada air. sumur itu tidak pernah kering dari sejak zaman Nabi Ibrahm sehingga kini yang sudah berusia lebih dari 7000 tahun. hal ini sudah tentu menakjubkan, apalagi sumur yang kecil itu setiap saat diambil airnya terutama pada musim haji. dapat dibayangkan, betapa banyak air zamzam yang diminum & dibawa pulang oleh jamaah haji & umrah dari seluruh penjuru dunia setiap tahun. menurut rasio manusia, seharusnya sumur zamzam itu sdah lama kering atau paling tidak airnya surut. akan tetapi, hal tersebut tidak pernah terjadi.Subhanallah!!

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW pernah bersabda "tak ada penyakit yang diturunkan Allah kecuali disertai dengan ubatnya." (H.R. Bukhari)

KESEMBUHAN ADA DALAM 3 HAL
Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas r.a. : Nabi SAW pernah bersabda "kesembuhan ada dalam 3 hal : syarbah 'asl (minum madu), syarthah mihjam (berbekam), kayyah naarin (membakar bahagian tubuh dengan besi) tetapi aku melarang umatku membakar bahagian tubuh dengan besi." (H.R. Bukhari)

KEFAHAMAN

FITNAH
Sesuatu yang perlu untuk diingatkan bahawa istilah fitnah dalam bahasa Arab adalah sangat berbeza dengan pengertian fitnah dalam bahasa Indonesia/Melayu. fitnah dalam bahasa Indonesia/Melayu bererti menyebarkan berita bohong atau mengadu domba; pengertian ini dalam bahasa Arab bererti kadzib, buhtan,atau namimah. namun fitnah dalam bahasa Arab bererti ujian, cubaan, kekufuran, emusyrikan kemunafikan, dan lainnya. oleh kerana itu sangatlah fatal seseorang yang apabila difitnah (dalam konteks bahasa Indonesia/Melayu) lalu dia berdalil dengan firman Allah Ta'ala :"fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan." (Q.S Al-Baqarah;191).
padahal erti ayat tersebutadalah : "kekufuran & kesyirikn itu lebih dahsyat daripada pembunuhan di bulan haram."

MAKNA BASMALAH
Seorang ulama terkemuka berkata "kalimah bismillaahirrahmaanirrahiim adalah sumpah dari Allah yang Dia turunkan pada pembukaan setiap surah. Dia bersumpah kepada hamba-hamba-Nya seraya berfirman "wahai hamba-hamba-Ku!sesungguhnya apa-apa yang Aku letakkan di dalam surah ini adalah benar & Aku akan memenuhi untuk kalian apa-apa yang Aku jamin di dalam surah ini termasuk janji baik-Ku, kelembutan-Ku,& kebaikan-Ku."
Ada juga ulama yang mengatakan bahawa makna basmalah ialah meminta pertolongan, iaitu "Aku meminta pertolongan atas bacaanku & semisalnya dengan bismillaahirrahmaanirrahiim."
Sebahagian yang lain mengatakan bahawa ia diucapkan untuk meminta berkah saat seseorang mulai melakukan sesuatu, iaitu "saya memulai pekerjaan ini dengan harapan mudah-mudahan saya mendapatkan berkah dengan ucapan bismillaahirrahmaanrrahiim."

KENAPA DINAMAKAN JIN?
Perkataan Jin berasal daripada Janna iaitu menutupi sesuatu atau segala sesuatu yang tidak terlihat olehmu. Erti lainnya iaitu menyelimuti malam (menjadi gelap gulita).
Adapun kata Janin ertinya anak yang masih berada di dalam kandungan ibunya. dinamakan demikian kerana dia tidak terlihat. kata Janan bererti hati yang tertutup & tidak ada seorang pun yang melihatnya & kata Junun ertinya tertutup akalnya iaitu hilangnya akal seseorang (gila).
Jin termasuk alam juga & dinamakan seperti itu (jin) kerana mereka tidak dilihat oleh mata, jadi kita tidak dapat melihatnya. firman Allah SWT :
"sesungguhnya ia & pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka." (Q.S. Al-A'raf ; 27)

KETAQWAAN
Taqwa menurut bahasa bererti melindungi diri daripada sesuatu yang ditakuti serta menjaga diri daripada bahaya & keburukan daripada sesuatu. secara istilah, taqwa ialah menjaga dir daripada dosa dengan cara meninggalkan larangan.
Kata taqwa juga boleh diertikan sebagai kumpulan segala kebaikan. ia merupakan nasihat Allah SWT kepada manusia, baik di awal mahupun di akhir zaman. taqwa bererti segala bentuk kebaikan yang bermanfaat bagi manusia. manusia mendapatkan keutamaanya berdasarkan ketaqwaanya.
Taqwa merupakan perlindungan & penjagaan diri atas segala sesuatu yang menyebabkan dosa maka upaya-upaya yang dilakukan untuk mewujudkannya sangat beragam dengan berbagaia cara. upaya ini membentuk manusia dengan karakter khusus dalam berbagai bidang & line, diantaranya :
1. jihad
2. memerangi musuh (kafir musyrik yang mengusik Islam)
3. adil meskipun dalam perselisihan
4. mu'amalah
5. halal & haram
6. kehidupan peribadi.

SIRAH

AL-QUR'ANULKARIM
Turunnya Al-qur'an secara berangsur-angsur selama 23 tahun, dibagi menjadi 2 periode, iaitu periode Mekkah berlangsung selama 13 tahu masa kenabian Rasulullah SAW dan surah-surah yang turun disebut surah Makkiyyah & periode Madinah yang dimulai sejak peristiwa hijrah berlangsung selama 10 tahun, surah-surah yang turun disebut surah Madaniyah.
Penulisan Al-Qur'an sudah dimulai sejak zaman Nabi SAW. pada masa ketika Rasulullah SAW masih hidup, beberapa sahabat ditunjuk untuk menuliskan Al-Qur'an, iaitu Zaid bin Tsabit, Ali bin Abi Thalib, Muawiyah bin Abi Sufyan & Ubay bin Ka'ab. pada masa kekhalifahan Abu Bakar r.a. terjadi beberapa pertempuran diantaranya perang yang dikenal dengan perang Ridda yang mengakibatkan meninggalnya para sahabat penghafal Al-Qur'an dalam jumlah yang tak terkira. lalu Abu Bakar r.a. memerintahkan Zaid bin Tsabit untuk membuat lajnah pengumpulan Al-Qur'an. setelah Al-Qur'an tersusun secara rapi dalam satu mushaf, hasilnya diserahkan kepada khalifah Abu Bakar r.a. kemudian mushaf pertama itu berpindah kepada Umar bin Khattab r.a. sebagai khalifah penerusnya, selanjutnya diserahkan & dipegang oleh anaknya, Hafsah.
pada masa pemerintahan khalifah Utsman bin Affan r.a. dikeluarkan kebijaksanaan untuk membuat keseragaman dalam cara membaca Al-Qur'an (qira'at). beliau memanggil Zaid bin Tsabit Al-Ansari & 3 orang Quraisy iaitu Abdullah bin Zubair, Said bin Al-Ash & Abdurrahman bin Al-Harists bin Hisyam. ia memerintahkan agar menyalin & memperbanyak mushaf & ditulis dalam bahasa Quraisy

MAQAM IBRAHIM
Orang-orang banyak yang salah mengertikan Maqam Ibrahim. mereka menyangka bahawa maqam Ibrahim ialah sama dengan ertinya makam (kuburan) Nabi Ibrahim as.
Maqam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim. maqam Ibrahim ialah batu pijakan pada saat Nabi Ibrahim membangun Ka'bah. letak maqam Ibrahim ini sekitar 3m daripada Ka'bah & terletak di sebelah timur Ka'bah. pda saat pembangunan Ka'bah, batu ini berfungsi sebagai pijakan yang dapat naik & turun sesuai keperluan Nabi Ibrahim saat membangunKa'bah. bekas kedua tapak Nabi Ibrahim masih tampak & jelas dilihat. atas perintah khalifah Al-Mahdi Al-Abbasi, di sekelililng batu maqam Ibrahim itu telah diikat dengan perak & dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung

MASJID QUBA
Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW pada tahun 1 Hijriah (622 M)di Quba, sekitar 5 km di sebelah tenggara kota Madinah. dalam Al-Qur'an disebutkan bahawa masjid Quba adalah masjid yang dibina atas dasar taqwa (Q.S. At-Taubah;108)
Masjid ini telah mengalami beberapa renovasi. khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah orang pertama yang membangun menara masjid ini. sekarang renovasi masjid ditangani oleh keluarga Saud. menurut Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani, masjid Quba ini telah direnovasi & diperluas pada masa raja Fahd ibn Abdul Aziz pada tahun 1986. reovasi & perluasannya menghabiskan biaya sebesar 90 juta riyal yang membuat masjid ini memiliki daya tampung sehingga 20 ribu jamaah.
Di sebelah utara dibuat serambi untuk tempat solat yang bertiang pohon kurma, beratap datar dari pelepah & daun kurma, bercampurkan tanah liat. di tengah-tengah ruang terbuka dalam masjid yang kemudian biasa disebut sahn, terdapat sebuah sumur tempat mengambil air wudhu. kebersihan terjaga, cahaya matahari & udara dapat masuk dengan leluasa.
Masjid ini memiliki 19 pintu. dari 19 pintu itu, terdapat 3 pintu utama & 16 pintu. 3pintu utama berdaun pintu besar & ini menjadi tempat masuk para jamaah ke dalam masjid. 2 pintu dipruntukkan masuk jamaah lelaki & 1 pintu lainnya sebagai pintu masuk jamaah perempuan. di seberang ruang utama masjid, terdapat ruangan yang dijadukan tempat belajar mengajar.

KISWAH
Kiswah adalah kain hitam yang membungkus atau membalut Ka'bah. menurut riwayat, Kiswah ini ada sejak zaman Nabi Ismail kemudian diikuti secara turun temurun oleh kaum Quraisy yang menjadi penjaga Ka'bah & dilanjutkan sampai sekarang. Kiswah diperbuat daripada bahan sutera asli yang alami & disulam dengan berbagai kaligrafi ayat-ayat Al-Qur'an berwarna emas. adapun Kiswah khusus untuk Ka'bah dinamakan dengan Barqa. setiap tahun Kiswah ini diganti oleh Kerajaan Arab Saudi dengan upacara khusus sebelum wukuf.

JABAL RAHMAH
Jabal Rahmah adalah seluruh bukit yang terletak di sebelah sudut Padang arafah. sebuah riwayat menceritakan setelah Rasulullah SAW menyampaikan khutbah Wada' di masjid Namirah, barulah beliau melakukan wukuf di kaki Jabal Rahmah yang merupakan bahagian daripada padang Arafah. di sini pula, tempat pertemuan antara Nabi Adam & istrinya, Siti Hawa, setelah berpisah selama 100 tahun.
Tempat ini sampai sekarang menjadi salah satu tempat utama yang selalu dijadikan kunjungan jamaah dalam melaksanakan ibadah haji.

MASJID NAMIRAH
Masjid Namirah merupakan masjid bersejarah. letaknya di sebelah barat padang Arafah. menurut hikayat, di sini lah Rasulullah SAW menyampaikan pidato wada' (perpisahan) kepada umat Islam yang menunaikan ibadah haji bersama beliau pada tahun itu.

MAKAM RASULULLAH SAW
Makam Rasulullah SAW terletak di sudut timur masjid Nabawi. makam ini dahulu pernah dinamakn Maqshurah. setelah masjid itu diperluas makam ini masuk di dalam bangunan masjid Nabawi. pada bangunan ini terdapat 4 buah pintu iaitu :
1. pintu At-Taubah (sebelah kiblat)
2. pintu Fatimah (sebelah timur)
3. pintu Tahajjud (sebelah utara)
4. pintu ke Raudah (sebelah barat), namun sekarang pintu ini sudah ditutup.
Dalam ruangan ini terdapat 3 makam, iaitu:
1. makam Rasulullah SAW
2. makam Abu Bakar As-Siddiq
3. makam Umar bin Al-Khattab

HAJAR ASWAD
Hajar Aswad adalah batu berwarna hitam kemerah-merahan dengan luas permukaan kurang lebih 30cm persegi yang melekat di Rukun Yamami. batu tersebut dilingkari dengan bingkai perak putih. hajar aswad ini sesuai dengan tempatnya yang demikian mulia & memiliki keistimewaan-keistimewaan diantaranya :
1. disunnahkan mencium hajar aswad / mengangkat tangan ke arahnya ketika memulai thawaf.
2. hajar aswad berada di tempat yang paling mulia di Ka'bah.
3. dari sudut hajar aswad disyariatkan memulai thawaf.
4. orang yang mengangkat tanannya pada hajar aswad tidak ubahnya dia bersalaman dengan tangan Allah.
5. dia akan memberikan kesaksianpada hari kiamat terhadap orang-orang yang telah memberikan istilam kepadanya.
6. laksana tangan kanan Allah di muka bumi.

Monday 23 August 2010

AKHLAQ

JANGAN BERLEBIHAN DALAM MENCINTAI & MEMBENCI
"Cintailah kekasihmu (secara)sedang-sedang sahaja, siapa tahu pada suatu hari dia akan menjadi musuhmu;dan bencilah orang yang engkau benci (secara biasa-biasa sahaja, siapa tahu pada suatu hari dia akan menjadi kecintaanmu." (H.R. At-Tirmidzi)

HIKMAH BERSIKAP TENANG
"Apabila engkau menghendaki suatu perkara, maka engkau harus bersikap tenang sehingga Allah memperlihatkan kepadamu jalan keluarnya." (H.R. Bukhari)

MENGABULKAN UNDANGAN
"Apabila seseorang diantara kamu diundang untuk suatu walimah, hendaklah ia mendatanginya." (H.R. Bukhari & Muslim)

MIMPI BURUK
"Apabila seseorang diantara kamu bermimpi yang tidak disukai, hendaklah ia meludah tiga kali ke arah kiri lalu mintalah perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan sebanyak tiga kali,& hendaklah *berpindah ke lambung yang lain dari lambung yang ketika bemimpi buruk." (H.R. Muslim)

keterangan:
* berpindah dari lambung yang lain dari lambung yang ktika bermimpi buruk maksudnya ialah bertukar kedudukan tidur kita dari kedudukan yang ktika bermimpi buruk tadi. contohnya jika kita bermimpi buruk dalam kedudukan tidur menggiring ke sebelah kiri, maka tukarlah kedudukan tidur menjadi menggiring ke sebelah kanan.

ADAB BERMUAMALAH
Dalam hal muamalah ini, imam Hasan Al-Bashri memberikan nasihat tentang adab bermuamalah. beliau berkata "Husnul Huluq" terbina atas tiga pilar :
1. Kafful adza' (tidak mengganggu)
2. Badzlun nada' (mengulurkan bantuan)
3. Talaqatul wajhi (wajah yang berseri-seri)
jika dalam bermuamalah, tiga pilar ini terpenuhi, nescaya akan dirasakan manisnya ukhuwah dalam hati kita.insya Allah...

HARAM MEMUKUL MUKA
"Apabila seseorang diantara kalian memukul, janganlah memukul bahagian muka."
(H.R. Bukhari)

ADAB MEMAKAI ALAS KAKI
Dari Abu Hurairah r.a.,sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda "apabila salah seorang diantara kamu memakai sandal/selipar, mulailah dengan yang kanan & apabila membuka mulailah dengan yang kiri, & pakailah keduanya semua atau tanggalkan keduanya."
(H.R.Muslim)

SEBAIK-BAIK ORANG ADALAH YANG BELAJAR AL-QUR'AN
dari Utsman r.a., dari Nabi SAW bersabda "yang paling baik diantara kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an & menajarkannya kembali." (H.R. Bukhari)

BACALAH AL-QUR'AN DENGAN SUARA YANG BAGUS
Dari Aisyah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda "orang yang mahir (pandai) membaca Al-Qur'an akan berkumpul dengan para malaikat yang mulia & taat, & orang yang membaca Al-Qur'an dengan terbata-bata serta ia merasa sulit (membacanya) baginya mendapat dua pahala." (H.R. Muslim)

AL-QUR'AN AKAN MEMBERI SYAFA'AT DI HARI AKHIR
Daripada Abu Umamah Al-Bahili berkata: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "bacalah oleh kalian Al-Qur'an, kerana sesungguhnya ia itu datang pada hari kiamat menjadi syafa'at kepada pembacanya. bacalah Al-Qur'an dua yang bersinar terang iaitu surah Al-Baqarah & surah Ali-Imran, maka sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seolah-oah keduanya itu menjadi perisai (daripada api neraka)." (H.R. Muslim)

HARAMNYA MENGANGKAT ORANG KAFIR SEBAGAI PEMIMPIN
"hai orang-orang yang beriman!janganlah kamu mengambil teman kepercayaan orang-orang yang di luar kalanganmu,kerana mereka it tidak henti-hentinya (menimbulkan kemadharatan bagimu." (Q.S. Ali-Imran;118)

4 TANDA ISTERI / PEREMPUAN YANG BERKAH
1. Perempuan yang cepat menikah.
2. Perempuan yang banyak anak.
3. Perempuan yang rendah (murah) mas kahwinnya.
4. Perempuan yang baik marwah / akhlaqnya.

MENAHAN KEMARAHAN
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda "orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatannya tetapi orang yan mampu mengendalikan kemarahannya." (H.R. Bukhari)

KARAKTER MUSLIM
Rasulullah SAW bersabda "karakter orang Islam seperti lebah.pertama lebah selalu menghisap yang manis-manis.seorang muslim sepatutnya mengambil segala sesuatu yang baik-baik, yang dimakan yang baik-baik, yang diminum yang baik-baik etc yang baik-baik.yang baik-baik ini yang bagaimana? tentunya yang Allah redha. kedua lebah juga mengeluarkan yang bermanfaat iaitu madu. seorang muslim yang baik selalu dapat memberikan manfaat bagi persekitarannya.samada dari perkataannya mahupun perbuatannya. ketiga dimanapun lebah hinggap tidak ada dahan yang patah. seorang muslim dimanapun ia berada pantang menjadi punca masalah. tetapi keempat jangan cuba mengusik lebah. sekali diusik kemanapun kita pergi insya Allah ia akan kejar. umat Islam itu ramah, ta'awun, rahmatan lil 'alamin. tapi Rasulullah juga cabut pedang ke medan perang. umat Islam tak pernah mencari musuh. tapi pun mempunyai prinsip tak akan lari jika berjumpa dengan musuh."

KEUTAMAAN MEMBERI HADIAH
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. : Nabi SAW pernah bersabda "wahai kaum muslimat!jangan memandang rendah hadiah yang diberika tetanggamu, meskipun sekadar telapak kaki kambing." (H.R. Bukhari)

Monday 16 August 2010

TAUHID

MUSLIM TERBAIKDiriwayatkan dari Abu Musa r.a. : ada beberapa orang yang bertanya kepada Rasululah SAW."siapakah muslim yang paling baik?". Rasulullah SAW menjawab "muslim yang tidak merugikan muslim lainnya dengan lidah mahupun dengan kedua tangannya".(HR. Bukhari)


AL-HAYA' (RASA MALU) ADALAH BAHAGIAN DARIPADA IMAN
Diriwayatkan dari Ibn 'Umar r.a. : skali waktu Rasulullah SAW bertemu dengan seorang Ansor yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. saat itu juga Rasulullah SAW bersabda "biarkanlah ia, kerana malu adalah bahagian daripada iman." (H.R. Bukhari)


CIRI-CIRI KEMUNAFIKAN
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "ada tiga ciri orang munafik, iaitu :
1. jika berkata, ia berdusta
2. jika berjanji, ia selalu ingkar
3. jika diberi amanah, ia berkhianat
(H.R. Bukhari)


FIRASAT ORANG BERIMAN
"Takutlah kalian terhadap firasat orang yang (benar-benar) beriman, kerana sesungguhnya ia melihat dengan cahaya Allah." (H.R. At-Tirmidzi)


KEMAQBULAN DOA ORANG YANG DIZALIMI
"Takutlah engkau terhadap doa orang yang terzalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang terzalimi dengan Allah tidak ada sesuatu pun yang menghalanginya."
(H.R. At-Tirmidzi)


MENYIA-NYIAKAN AMANAH
"Apabila amanah disia-siakan maka tunggulah saat kehancurannya. salah seorang sahabat bertanya "bagaimanakah menyia-nyiakannya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab "apabila perkara itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya." (H.R. Bukhari)


TAK ADA SATU PENOLONG PUN
Dan takutlah kamu pada hari, (ketika) tidak seorang pun dapat menggantikan (membela) orang lain sedikit pun, tebusan tidak diterima, bantuan tidak berguna baginya,&mereka tidak akan ditolong. (Q.S Al-Baqarah;123)


PERINTAH BERHIJAB BAGI MUSLIMAH
wahai Nabi, katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuanmu, & isteri2 org mukmin, "hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. yang demikian itu supaya mereka lebi mudah dikenal, sehingga mereka tidak diganggu. dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Ahzab ; 59)
La'nallaahu al-'aariyaatu al-kasiyaat(Hadith)


CUBAAN
Rasulullah SAW adalah manusia yang paling tinggi darjahnya di sisi Allah, tapi beliau juga orang yang paling banyak & paling berat cubaannya. para Nabi yang lian juga adalah manusia-manusia paling mulia & paling dikasihi Allah SWT. tapi mereka juga adalah yang paling banyak & berat dicuba oleh Allah SWT.
maka ujian bagi seorang mu'min akan selalu meningkatkan ketinggian & kemuliaannya di sisi Allah SWT & menguji kebenaran keimanannya. hikmah yang lain dari cubaan ialah bahawa dengannya seorang mu'min menjadi semakin matang & kuat, serta bertawakkal & semakin berserah diri kepada Allah SWT. dan tidaklah cubaan yang datang kepada seorang mu'min kecuali hal itu baik bagina selama bersabar & bersyukur sebagaimana sabda Rasulullah SAW : "menakjubkan urusan seorang mu'min jika ia mendapatkan nikmat ia bersyukur & syukur itu sangat baik baginya. jika ditimpa musibah ia bersabar & sabar itu sangat baik baginya." (H. R. MUslim & At-Tirmidzi)


AMAL YANG DIBAWA MATI
"Apabila mnusia mati, maka amalnya terputus, kecuali tiga perkara iaitu shadaqah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak yang shalh yang mendoakannya."
(H.R. Muslim)


PEMBUAT PATUNG
"Orang yang paling keras azabnya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang-orang yang menyaingi ciptaan Allah." (H.R. Bukhari & Muslim)


KELOMPOK TERBANYAK PENGHUNI SYURGA & NERAKA
"Aku telah melihat-lihat syurga, aku menemukan kebanyakan penghuninya adalah orang-orang miskin. dan aku telah melihat-lihat neraka, maka aku menemukan kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita." (H.R. Bukhari)


TANDA-TANDA KIAMAT
Tanda-tanda kiamat besar adalah kejadian-kejadian sangat besar yang menandakan kiamat sudah sangat dekat & mayoritasnya belum muncul, seperti munculnya Imam Mahdi, Nabi Isa, Dajjal, dan Ya'juj & Ma'juj.
Dari Hudzaifah bi Usaid Al-Ghifari r.a., Rasulullah SAW muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling mengingat-ingat. beliau bertanya :"apa yang sedang kamu ingat-ingat?." sahabat menjawab "kami mengingat hari kiamat." Rasulullah SAW bersabda :"kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat sepuluh tandanya." kemudian Rasulullah SAW menyebutkan:"dukhan (kabut asap), Dajjal, binatang (pandai bicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa as, Ya'juj & Ma'juj, dan 3 gerhana (gerhana di timur, barat, jazirah Arab), yang terakhir api yang keluar dari Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar." (H.R. Muslim)


APAKAH SETIAP ORANG MEMPUNYAI QORIN ATAU TEMAN DARI BANGSA JIN?
Ahmad menyebutkan di dalam musnadnya & imam Muslim dalam sahihnya: dari Ibnu Mas'ud r.a. yang berkata : rasulullah SAW bersabda "tidak ada seorang pun diantara kamu melainkan padanya diwakilkan seorang teman (Qorin) dari bangsa jin."
Kemudian para sahabat bertanya :"apaka demikian denganmu wahai Rasulullah?". beliau menjawab "begitu juga denganku, hanya sahaja Allah telah menolongku darinya (jin) hingga masuk Islam & idak menyuruhku kecuali kepada kebaikan."


SAKIT SEBAGAI KIFFARAH DOSA
Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri & Abu Hurairah r.a.:Nabi SAW pernah bersabda "keletihan (kerana bekerja keras), penyakit, kesedihan, kepiluan, luka & musibah yang menimpa seorang Muslim & ia menerimanya dengan penuh kesabaran adalah kiffarah Allah yang menghapuskan sebahagian dosa-dosanya." (H.R. Bukhari)


UJIAN UNTUK KEBAIKAN
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. : Rasulullah SAW pernah bersabda "jika Allah akan melimpahkan kebaikan kepada seseorang, Dia akan mengujinya dngan musibah." (H.R. Bukhari)


MIMPI ORANG-ORANG SALIH
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. :Rasulullah SAW pernah besabda "mimpi baik orang (mukmin) yang salih adalah satu dari 46 tanda-tanda kenabian." (H.R. Bukhari)


SIFAT NERAKA JAHANNAM
Dalam sebuah hadith, Abu Hurarah r.a. menggambarkan neraka pada kalimah terakhir hadith itu. Abu Hurairah berkata "dmi zat yang jiwa Abu Hurairah di tangan-Nya, dasar jahannam itu dalamnya adalah tujuh puluh tahun (perjalanan)." (H.R Muslim & Hudzaifah & Abu Hurairah r.a.)
Dalam hadith lain, Ibnu Abbas r.a. mengatakan : pada suatu hari Rasulullah SAW duduk dengan para sahabatnya. Tiba-tiba beliau mendengar satu suara. ketika itu Nabi SAW bertanya "tahukah kamu suara apakah itu?." Jawab mereka "Allah & Rasul-Nya yang lebih tahu." kata Nab SAW "itu adalah batu yang dilemparkan ke dalam neraka sejak tujuh puluh tahun yang lalu & baru sekarang sampai ke dasar neraka itu." (H.R. Muslim). Tidaklah berlebihan bila dalam sbuah dialognya dengan Allah, Jahannam mengatakan masih sanggup memuat calon-calon penghuninya berapa pun jumlahnya, seperti firman Allah Q.S. Qaf ; 30 :"ingatlah hari yang Kami akan bertanya kepada Jahannam "sudahkah engkau penuh?" dan jahannam pun menjawab "apakah ada tambahan?."