Tuesday 24 August 2010

MU'JIZAT & KESIHATAN

BUAH KURMA & KESIHATAN
mungkin kebanyakan dari kita tidak mengetahui khasiat buah kurma. kita mungkin hanya tahu bahawa memakan buah kurma itu baik.
kurma adalah sejenis tumbuhan palma atau dalam bahasa latinnya dikenal dengan phonex dactylifer yang berbuah & boleh dimakan, baik dalam keadaan masak mahupun masih mentah. berdasarkan penelitian para ilmuwan kurma kaya akan protein, serat gula, vitamin A & C serta mineral seperti zat besi, kalsium, sodium & potasium. kandungan protein didalam kurma sebanyak 1.8 - 2.0%, serat sebanyak 2.0-4.0%, gula sebanyak 50-70% glukosa. dengan kandungan gula seperti itu, kurma mampu memberi tambahan tenaga bagi orang yang berbuka puasa sehingga ia akan merasa segar & bertenaga untuk beribadah tanpa rasa letih mahupun mengantuk. biasanya bagi orang yang merasa letih & mengantuk di saat melaksanakan solat tarawih disebabkan kerana makanan yang dimakan kebanyakan mengandung karbohidrat yang tidak menyediakan tenaga instant. oleh kerana itu untuk menghindari hal tersebut, buah kurma adalah jawapannya. zat gula yang ada dalam uah kurma berbeza dengan gula pada buah-buahan lain seperti gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandung sukrosa dimana zat itu langsung diserap ke dalam tubuh. hal ini membuat gula itu harus dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum berubah menjadi glukosa. sebaliknya, kurma tidak memerluka proses demikian. sementara potasium di dalam kurma beguna untuk mengatasi masalah stress, sembelit & lemah otot.

MU'JIZAT AIR ZAMZAM
Zamzam adalah sebuah sumur yang terletak di dalam Masjidilharam. air yang keluar dari sumur itu disebut dengan air zamzam. setiap jamaah haji atau umrah selalu meminum air zamzam & membawanya pulang ke tanah airnya masing-masing sebagai oleh-oleh istimewa. riwayat keberadaan sumur zamzam ini berkaitan dengan Nabi Ibrahin & istrinya, Siti Hajar, dan puteranya, Ismail. salah satu erti dari kata zamzam adalah berkumpul, iaitu air yang berkumpul atau dikumpulkan. sebab, zamzam pada mulanya adalah air yang tergenang di permukaan tanah tempat sumur zamzam yang dapat kita saksikan setiap masa. air itu kemudian berkumpul atau dikumpulkan oleh Siti Hajar untuk diminumkan kepada puteranya, Ismail, yang ketika itu kehausan. satu riwayat menyebutkan bahawa ketika Siti Hajar & puternya, Ismail, terpaksa itinggalkan Nabi Ibrahim kerana diperintahkan Allah untuk pergi ke Palestin, mereka ditinggalkan di samping Baitullah tanpa teman & bekal apapun. kekuasaan & kebesaran Allah, muncul air di samping Ka'bah untuk memulai kehidupan keluarga Nabi Ibrahim. memang terjadi perbezaa riwayat, apakah air itu muncul akibat gesekan kaki Ismailterhadap bumi atau malaikat Jibril yang menancapkan tumitnya i tanah itu. yang jelas, air itu muncul di permukaan bumi pada tempat yang sama sekali tidak ada air. sumur itu tidak pernah kering dari sejak zaman Nabi Ibrahm sehingga kini yang sudah berusia lebih dari 7000 tahun. hal ini sudah tentu menakjubkan, apalagi sumur yang kecil itu setiap saat diambil airnya terutama pada musim haji. dapat dibayangkan, betapa banyak air zamzam yang diminum & dibawa pulang oleh jamaah haji & umrah dari seluruh penjuru dunia setiap tahun. menurut rasio manusia, seharusnya sumur zamzam itu sdah lama kering atau paling tidak airnya surut. akan tetapi, hal tersebut tidak pernah terjadi.Subhanallah!!

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW pernah bersabda "tak ada penyakit yang diturunkan Allah kecuali disertai dengan ubatnya." (H.R. Bukhari)

KESEMBUHAN ADA DALAM 3 HAL
Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas r.a. : Nabi SAW pernah bersabda "kesembuhan ada dalam 3 hal : syarbah 'asl (minum madu), syarthah mihjam (berbekam), kayyah naarin (membakar bahagian tubuh dengan besi) tetapi aku melarang umatku membakar bahagian tubuh dengan besi." (H.R. Bukhari)

No comments:

Post a Comment