Tuesday 24 August 2010

KEFAHAMAN

FITNAH
Sesuatu yang perlu untuk diingatkan bahawa istilah fitnah dalam bahasa Arab adalah sangat berbeza dengan pengertian fitnah dalam bahasa Indonesia/Melayu. fitnah dalam bahasa Indonesia/Melayu bererti menyebarkan berita bohong atau mengadu domba; pengertian ini dalam bahasa Arab bererti kadzib, buhtan,atau namimah. namun fitnah dalam bahasa Arab bererti ujian, cubaan, kekufuran, emusyrikan kemunafikan, dan lainnya. oleh kerana itu sangatlah fatal seseorang yang apabila difitnah (dalam konteks bahasa Indonesia/Melayu) lalu dia berdalil dengan firman Allah Ta'ala :"fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan." (Q.S Al-Baqarah;191).
padahal erti ayat tersebutadalah : "kekufuran & kesyirikn itu lebih dahsyat daripada pembunuhan di bulan haram."

MAKNA BASMALAH
Seorang ulama terkemuka berkata "kalimah bismillaahirrahmaanirrahiim adalah sumpah dari Allah yang Dia turunkan pada pembukaan setiap surah. Dia bersumpah kepada hamba-hamba-Nya seraya berfirman "wahai hamba-hamba-Ku!sesungguhnya apa-apa yang Aku letakkan di dalam surah ini adalah benar & Aku akan memenuhi untuk kalian apa-apa yang Aku jamin di dalam surah ini termasuk janji baik-Ku, kelembutan-Ku,& kebaikan-Ku."
Ada juga ulama yang mengatakan bahawa makna basmalah ialah meminta pertolongan, iaitu "Aku meminta pertolongan atas bacaanku & semisalnya dengan bismillaahirrahmaanirrahiim."
Sebahagian yang lain mengatakan bahawa ia diucapkan untuk meminta berkah saat seseorang mulai melakukan sesuatu, iaitu "saya memulai pekerjaan ini dengan harapan mudah-mudahan saya mendapatkan berkah dengan ucapan bismillaahirrahmaanrrahiim."

KENAPA DINAMAKAN JIN?
Perkataan Jin berasal daripada Janna iaitu menutupi sesuatu atau segala sesuatu yang tidak terlihat olehmu. Erti lainnya iaitu menyelimuti malam (menjadi gelap gulita).
Adapun kata Janin ertinya anak yang masih berada di dalam kandungan ibunya. dinamakan demikian kerana dia tidak terlihat. kata Janan bererti hati yang tertutup & tidak ada seorang pun yang melihatnya & kata Junun ertinya tertutup akalnya iaitu hilangnya akal seseorang (gila).
Jin termasuk alam juga & dinamakan seperti itu (jin) kerana mereka tidak dilihat oleh mata, jadi kita tidak dapat melihatnya. firman Allah SWT :
"sesungguhnya ia & pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka." (Q.S. Al-A'raf ; 27)

KETAQWAAN
Taqwa menurut bahasa bererti melindungi diri daripada sesuatu yang ditakuti serta menjaga diri daripada bahaya & keburukan daripada sesuatu. secara istilah, taqwa ialah menjaga dir daripada dosa dengan cara meninggalkan larangan.
Kata taqwa juga boleh diertikan sebagai kumpulan segala kebaikan. ia merupakan nasihat Allah SWT kepada manusia, baik di awal mahupun di akhir zaman. taqwa bererti segala bentuk kebaikan yang bermanfaat bagi manusia. manusia mendapatkan keutamaanya berdasarkan ketaqwaanya.
Taqwa merupakan perlindungan & penjagaan diri atas segala sesuatu yang menyebabkan dosa maka upaya-upaya yang dilakukan untuk mewujudkannya sangat beragam dengan berbagaia cara. upaya ini membentuk manusia dengan karakter khusus dalam berbagai bidang & line, diantaranya :
1. jihad
2. memerangi musuh (kafir musyrik yang mengusik Islam)
3. adil meskipun dalam perselisihan
4. mu'amalah
5. halal & haram
6. kehidupan peribadi.

No comments:

Post a Comment