Wednesday 25 August 2010

FIQH

MENYEMPURNAKAN RAKAAT SOLAT
"Apabila solat didirikan, maka janganlah kalian mendatanginya dengan berlari-lari kecil, tetapi datangilah dengan berjalan biasa, klian harus bersikap tenang; rakaat yang kalian jumpai kerjakanlah, sedangkan rakaat yang kalian lewatkan sempurnakanlah." (H.R. Bukhari & Muslim)

DI SEBALIK PENGHARAMAN BABI
Perilaku mengkonsumsi daging babi boleh menyebabkan bermacam penyakit, seperti gangguan cacing (cacing gelang, cacing kerawit, cacing tambang). salah satu yang paling berbahaya adalah Taenia Solium atau cacing pita. cacing ini berdiam di dalam usus besar & sangat panjang. ova atau telurnya memasuki aliran darah & boleh mencapai hampir seluruh tubuh. jika memasuki otak ia boleh menyebabkan hilang ingatan, jika memasuki jantung ia bolh menyebabkan penyakit jantung, jika memasuki mata ia boleh menyebabkan kebutaan, jika memasuki hati ia boleh merosakkan hati. cacing lainnya yang sangat berbahaya adalah Trichura tichurasis. cacing ini tidak mati ketika dimasak dalam suhu masak normal.
Daging babi hanya memiliki sedikit susuban otot & mengandung lemak berlebih. lemak ini ditimbun dalam pembuluh & boleh menyebabkan hipertensi serta serangan jantung. tidak mengejutkan jika 50% orang Amerika menderita hipertensi. babi adalah haiwan yang sangat menjijikkan. ia tumbuh di tempat kotor, tempat yang dipenuhi najis & lumpur. bahkan babi-babi itu seringkali memakan kotoran mereka sendiri atau kotoran teman-teman sekandangnya.

PENYEMBELIHAN HAIWAN TERNAK
Menurut Hanafi & Maliki, penyembelihan harud dilakukan dengan terpotongnya empat urat leher, iaitu urat tenggorokan, urat pencernaan & dua urat nadi. Rasulullah SAW bersabda "menyembelih adalah antara leher & dagu haiwan." (H.R.Baihaqi)
Menurut Syafi'i & Hambali, penyembelihan harus dilakukan dengan terpotongnya dua saluran di leher haiwan, iaitu saluran nafas yang terletak di leher & saluran makanan/pencernaan.
Dari pendapat tersebut, menyembelih yang sah adalah memotong dua saluran utama leher haiwan, iaitu saluran makanan & pernafasan. menyembelih yang sempurna adalah dengan terpotongnya dua urat nadi leher.
Tujuan menyembelih haiwan menurut agama, selain daripada untuk mematikan haiwan juga untuk menghilangkan darah daripada daging. adapun tata cara menyembelih adalah sebagai berikut :
1. membaca asma Allah/Basmalah.
2. sebaiknya dilakukan pada siang hari.
3. menghadapkan haiwan yang disembelih ke arah kiblat.
4. membaringkan/menidurkan haiwan yang akan disembelih pada sisi kirinya &
menajamkan pisau.

No comments:

Post a Comment